Arwah En Boss suka makan nasi kandar. Setiap kali beli nasi kandar pasti ada ulam cili besar, makannya hanya sebiji, dua biji lebihan dah tak tau nak buat apa. Simpan dalam fridge tak tahan lama. Cili-cili tu kebiasaannya cepat layu dan tidak rangup untuk diulam. Untuk menyambal tak cukup, untuk masak lain-lain juadah selalu aja tak sempat. Pedasnya boleh tahan.. cari air juga kalau makan. Kadang-kadang direndam dalam air untuk biar tahan lama. Kecundang juga. faktor masa ... yang dah lembik dan tak boleh dimakan akak kumpulkan dalam kontainer yang mengandungi tanah. Kadang-kadang bernas, kadang-kadang macam tu je la rupanya.. benih cili dari cili muda, belum sesuai dijadikan benih. Maka jadi komposlah awak ya..
layan je cerita cili yang dah lama dalam folder... kali ni meriah naiknya. ada pokoknya sampai sekarang.. cuma kondisi pokok tu tak selereh kata orang NS... akak biarkan aja dia hidup sebagai umpan siserangga putih. Selagi diberi baja dan air mahu aja dia dihidup, cuma hidupnya tak meriah dengan hasil, berbunga aja datanglah angkatan pengkantoi... kesian bunga dan pokok cili ni..
harapannya agar jadi macam ni. dua tiga kali pusingan tuaiannya..
Salam Bahagia Kak Mar,
BalasPadamMama selalu blender jadi paste letak cuka sikit buat jeruk tahan lama.
Pastu boleh pakai banyak kali untuk masakan.
Kekadang ikan atau ayam goreng cicah dengan cili tu tambah air limau syok makan.
Assalaam Kak Mar,
BalasPadamMenanam cili di kebun sendiri dan boleh petik masa nanti dah berbuah dan buat sambal. Mmmm.... sedap... Seronoknya...
Bunda usahkan cili besar...cili api pun tak pernah menjadi tanam...huhu
BalasPadam