Hari ni lepas subuh terus whatsapp anakanda Siraj.. sebaik aje sampai dari tempat kerja kita breakfast di tempat Mak Tom ... pagi-pagi lagi anak dan suami Mak Tom dah sampai.. lepas breakfast kita cuci mata kat sini..
sebelum tu si HS ni nak shopping macam2... kena sekat-sekatkan juga.. nak pin tudung yang harga sepasang rm5... nak sampai 3 warna.. kena potong kehendak dia.. dua cukup .. lepas tu nak sarung lengan yang boleh sangkut kat jari tu.. nasib ada satu je warna... beli apa yang ada... banyak2 nanti abang Siraj bising...
sebenarnya nawaitu asal adalah untuk beli getah arab kat adik tu... dulu rm 20 sepeket... oleh kerana dah susah nak dapat dah jadi rm35.00... gugel la kalau nak tahu kebaikan getah arab.. sebelum ni akak beli dua paket .. maka nak top up stok aje.. dia offer 3 rm100 .. akak kata tak apalah... ada lagi stok kat rumah... lepas ni kalau tiada stok kena beli getah yang belum jadi serbuk la.. kat pasar tani ada sebulan sekali penjual tu datang...
lepas breakfast teruslah ke tempat Mak Tom... namun sebelum tu di gerai jual t shirt sukan si HS nak juga baju sukan warna pink tu ... baju Johor... dia kata bukan sebab adik gedik tau nak warna pink ni... sebab baju tu memang cantik ... oklah... dengan nawaitu sebagai hadiah untuk birthday tahun 2015 yang tiada tarikh untuk dia... tahun ni tiada 29 Februari...
Sampai tempat Mak Tom... amboi memanggil-manggil pokok ni ... peria baka Taiwan kata Mak Tom.. perlu tempat redup ... pakkal la duduk di rumah kayangan ... beli2 nanti tak reti nak sekolahkan macam Mak Tom buat ni... mahu menjalar masuk dalam rumah kalau dia subur... nak pasang-pasang tali ke apa macam tak sesuai... kalau macam dulu masa arwah ada ... memang akak angkut balik Seremban... risau membazir tiada siapa nak belek pokok ni... pendam je la hasrat untuk tambah koleksi... cuci mata je la.. berkenan dengan trelis dari buluh buatan Mak Tom.. katanya pucuknya juga boleh dibuat ulam.. jiran sebelah kanannya tu pokok serai wangi... dah simpan hp baru nampak...
yang ni pula pokok jambu isi merah... teringat kita dah ada pokok ni.. tak apa lah... tapi yang jeles dan takjub bin hairan bin suka tengok... dah ada buah.. Mak Tom kata buang la pucuk2nya jangan sayang daun.. nanti berbuahlah dia... pokok nona sebelah pokok jambu ni pun tengah berbuah.. malas pula nak snap... ok.. kena ingat petua Mak Tom ni.. berkobar-kobar nak pindah pokok jambu batu isi merah akak yang beli dari Diana lama dulu ke pasu besar... pokok tu pun baru pulih dari cuaca panas... pulih selepas dibawa kembali ke rumah kayangan kami ni...
sebelum Mak Tom sampai.. akak dilayan oleh anak Mak Tom... dia orang ni gelar akak Mak Cik Singapura ha ha... kenapa entah.. kut sebab rajin membeli setiap kali singgah...
dapat info bunga baru... zebrina (berdaun belang), melati oren (wrightea), pokok jeruju (untuk kanser dan asma) dan kunyit hitam yang daunnya ada pelanggannya beli untuk ubatkan rahim yang bengkak.. katanya daun dibuat ulam... nanti dikongsikan pokok2nya ...
wallahualam.. usaha dan tawakkal pada Allah swt...
Assalamualaikum mak tom.. salam perkenalan, singgah menyinggah :) bestnya mak tom mcm mak sy suka menanam.. jemput singgah blog sy juga yer
BalasPadam#Follower 235
Jambu isi merah tu, kecik jer pokoknya dah berbuah yea...
BalasPadamSS jambu dalam pasu pun berbuah,serasi betul tangan mak tom ni
BalasPadamSuka jambu batu isi merah tu mak tom.. susah nak cari benihnya skrg..
BalasPadamkak mar kenapa ada yang panggil akak mak tom
BalasPadamtersedak mak tom hehe
btw best sangat entry sharing macam-macam jenis pokok ni..
jambu dalam pasu pun berbuah...seronoknya tengok pokok suburr
BalasPadamKak minat pokok jambu merah tu...sebab memang suka sangat jus jambu merah..setiap bulan mesti beli...
BalasPadamKak Mar mengingatkan saya, bibit jambu biji pemberian kawan belum saya tanam, masih di dalam kantong plastik.
BalasPadamSalam. Hee berbudi pada tanah.
BalasPadam