Tahun 2014 tahun penuh dugaan... asik disuruh outstation... selalu kena tinggalkan arwah En Boss dan HS..
Foto-foto perjalanan pulang dari outstation Pantai Timur. Gembira hati nak pulang .. dah janji dengan arwah En Boss sekian sekian waktu kami akan sampai... masyaaAllah banyak pula urusan rakan-rakan sebelum pulang.... nak bungkus berpulu-puluh biji sata, nak tunggu sata masak baru boleh balik... banyak betul dia orang shopping sata... lepas tu ada yang nak kopi kat Kemaman tu... tunggu lagi.. akhirnya lepas Asar kut baru boleh betul-betul gerak dilebuhraya... dah lupa .. menghampiri hentian R&R di Pahang nun... hari hampir maghrib.. maka cantiklah awan senja-senja tu menunggu sun set.. buat muka selamba klik klik sana sini.. namun ada juga yang perasan.. suka ambik gambar eh... akak tunjuk gigi je la... selesai urusan hajat besar dan hajar kecil bas bergerak semula menuju Kuala Lumpur.... adoiii ada kawan tertinggal handbag dalam toilet... nak menangis rasa sebab dah janji dengan arwah akan tiba di KL pada sekian sekian waktu... apa nak kata bas perlu berpatah balik.. hari dah gelap sewaktu kami sampai ke hentian tadi.. hmmm bag ada.. hp dan purse ada .. duit dah ilek... takpa la ada dokumen penting ditinggalkan lebih mustahak dan tak menyusahkan disekian waktu.... kami sepakat buat kutipan buat rakan yang jadi mangsa... hampir pukul sebelas malam baru sampai rumah kayangan... packing dan teruskan perjalanan balik ke Seremban.. arwah En Boss nak sampaikan sata buat teman mayanya buat melunaskan menantunya yang tengah mengidam...
nun disana hujan mula turun..
|
hujan dan sun set yang bersatu
ps tengah malas letak watermmark Suka-suka...
catatan yang penuh nostalgiakan SS, pemandangan nan indah sekali.
BalasPadamTetap cntik gmbq2 senja yg kak mar ambil..:)..
BalasPadamcantik2 gambar2 yang yang ss kongsikan
BalasPadamMemang cantik gambar2 pemandangan senja ni...redup dan sejuk mata memandang..
BalasPadamnostalgia kan kak mar
BalasPadamini kat lpt yea
saya pun suka snap gamba
orang terdekat dah faham
tapi kalau orang luar mukan tak faham hehe
anajingga... seronok tengok warna ceri a tu sebab tu tak mahu ketinggalan merakam detik yang berlangsung
BalasPadamYana, Acik dan BUNDA.. terima kasih.. memang suka warna alam... detik seterusnya pasti sudah berbeza
Tiha..kat lpt ni :)
Teringin nak makan sata bila teringat
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamKata orang dan hasil pengalaman sendiri satar di Teluk Mak Nik, di Kemaman setakat ini yang paling sedap. Nama gerainya tak ingat tetapi kalau di gerai tu ramai org berkerumun, itulah dia! Pernah sekali termakan satar manis melekit, argh!!! Lepas tu belum makan2 lagi satar!