Lain nawaitu lain kejadiannya.. HS yang masih disekolah rendah amat teruja bila Februari menjelang.. dah tau dah birthday dia around the corner... namun tahun ini hari itu tidak menjelma kerana 29 Februari hanya hadir pada tahun 2016... sebagai anak yang lahir pada tahun lompat (leap year) kadang-kadang sukar menjelaskan keadaan yang berlaku sehinggalah dia bersekolah... kadang-kadang diejek dan dipermainkan dengan ungkapan "ko mana ada birthday tahun ni" ...namun begitu dalam keluarga kami dia tidak keseorangan.. ada lagi seorang sepupu yang senasib dengan HS... anakanda Ezam.. tahun ini bermulalah zaman kami sekeluarga menyambut ulangtahun tanpa insan yang sangat penting dalam hidup kami... tiada abah untuk uruskan semua perkara berkaitan sambutan ulang tahun.. biasanya akak lepas tangan aje ... terpulanglah arwah En Boss nak buat apa.. nak celebrate di rumah ke, nak makan kat tempat spesial ke akak ikutkan aje..
arwah selalu berkata kesian adik.. memang tak perasan apa maksud kenyataan arwah... kadang-kadang terlintas dalam fikiran juga seolah-olah dia rasa dia tidak lama bersama kami.. cuba disampaikan kepada kami yang kurang arif .. dengan orang lain juga dia berkata demikian .. tapi bukan perihal HS tetapi perihal akak... pada hari pengebumian arwah mak kepada pemain bola terkenal menyatakan hal sedemikan.. dia kata awak baik .. awak jaga dia dengan baik.. arwah kata dia kesian dengan awak.. langsung makcik akak peluk dan menangis semahunya... hampir 24 jam akak menahan raungan dan tangisan... tapi bila dimaklumkan oleh makcik,, terburai juga air mata disekeliling mereka yang hadir melawat...
arwah rajin berhenti dirumah makcik jika makcik dan pakcik ada diluar rumah .. makcik rajin berkebun dan pakcik sedang uzur... sakit macam arwah juga .. cuma umurnya masih belum Allah berhentikan.. rajin sungguh arwah berborak dengan makcik dan pakcik... akak yang selalu letih jarang nak turun kereta jumpa pakcik dan makcik kecuali dikedai anaknya.. makcik pula rajin beri hasil kebunnya kepada kami... masyaaAllah! baik hati sungguh makcik.. tanaman makcik juga yang memberi inspirasi dan semangat untuk akak berkebun dilaman.. cuma akak agak segan nak snap sayur-sayur dia...
bila diingat-ingat perangai arwah ni serupa dengan perangai arwah MIL yang rajin jumpa orang sakit dan saudara tua yang uzur sebelum dia meninggal... pernah arwah MIL menyatakan kepada arwah nenek akak .. entah siapa la yang pergi dulu saya atau makcik katanya...
sejurus sahaja arwah disahkan meninggal dunia akak dah meraung .. masa tu dikalangan sahabat arwah.. arwah meninggal semasa reunion sekolah rendah yang dah melebihi 30 tahun tidak berjumpa... perjumpaan pertama dan terakhir yang asalnya untuk bergembira berakhir dengan kesedihan.. setelah lama tidak berjumpa akak biarkan aje dia berborak dimeja sebelah.. memang nawaitu untuk biar dia berseronok dengan kawan2... HS juga menangis.. kanak-kanak sebaya HS hanya tahu abahnya tiba-tiba pengsan..
tiba-tiba aje arwah sesak nafas setelah memaklumkan kepada kawan-kawannya khasiat ayat laqadjaakum... note arwah jatuh dan arwah cuba mencapainya... masih terbayang arwah cuba mengambil note dengan dirinya yang sudah lemah.. cepat-cepat akak bangun dari meja sebelah dan peluk arwah ... panik... kawan-kawan baringkan arwah diatas kerusi ... akhirnya akak ajar arwah mengucap... nak beri bantuan semua tak pandai.. semua yang ada macam terkejut dan tak tahu apa nak buat... arwah ada simpan ubat untuk jantung namun dia sudah lama tidak mengingatkan akak dimana dia simpan ubat tu... ada yang suruh cucuk lehernya dengan benda tajam.. akak tak berani pula takut darah memancut keluar kerana minggu tu arwah beritahu darahnya agak cair dan doktor jangka akan berlaku pendarahan... ambulan pula lambat sampai... sampainya paramedik arwah disahkan sudah tiada... isteri mana yang tak meraung? namun raungan akak sebentar sahaja atas nasihat isteri kawan arwah... sejuk juga hati... tapi SIL yang lewat sampai memang tak boleh dipujuk .. menangis ditepi longkang sambil menyebut adik dah tak ada abang berkali-kali...
Nawaitu dan permintaan HS adalah untuk makan spageti di Sahara Tent... dia request dua pinggan ha ha... anakanda Siraj yang baru dapat gaji layankan aje... namun program bertukar bila melawat bonda akak.. adik-adik nak sponsor HS... terharu juga akak ... thanks to all of you.... just a small and simple gathering specially for HS... amboi bila ditanya nak kek apa HS cepat-cepat buat keputusan .. adik nak chocolate indulgence... selamat ulangtahun pada anakanda HS walaupun entri mak ni panjang berjela.. tiba-tiba jadi sebak mengingatkan arwah... siapalah kita untuk menghalang kematian... hidup dan mati sudah ditentukan... terimalah seadanya ketentuan Yang Maha Esa..
yang pastinya akak tak dapat tengok wajah tua arwah :)
Mak tak faham kenapa lilin tu ada empat.. abang-abang aje yang tahu..
suasana nampak happy... dalam hati siapa yang tahu.. sikidal memotong kek...
anakanda sulung tu pun kidal juga...
abang yang suka mengusik
Birthday akak birthday dia juga...
pasang lilin sekali lagi untuk Ayish tiup
Pujaan hati HS ... adik yang amat dirindui.. itu ini asik Ayish aje..
Aiskrim dah nak cair... cepat cepat habiskan...
PS: Baru rasa nak wujudkan catatan ni... letih dan stress dengan kerja ofis.. next akan ke JB pula jika tiada aral... banyak la kerja kami... tidur pun rasa tak tidur.. buat kerja ofis teringat kerja kat rumah yang tak pernah sempurna.. cuti-cuti hujung minggu ni teringat kerja kat ofis pula... tiada kesudahannnya sehinggalah kita di panggil mengadap Dia... semoga hari-hari yang dilalui tetap ada peruntukan untuk Dia.. untuk alam kita yang lagi satu...
Tabahkan hati ya Kak Mar.
BalasPadamDiana pula birthday sama dengan hari nenek (mama punya ibu) punya kembali ke yang maha ESA.
Jadi tiap tahun Diana akan fikir bila hari Birthday mama mesti rindu dan teringat dekat nenek juga.