Sabtu, 25 April 2015

Putik mulberi

Kisah dua bulan lalu... teruja bila pokok baru yang dibeli dari Mak Tom subur dirumah kayangan ni.. tak cerewet dengan lain-lain pokok yang dibeli,,, lagi teruja bila pokok mulberi ni dah berputik... apa ada pada putik.. tunggu je la dia masak ranum baru ohsem... macam mulberi Mak Aji yang meriah sampai boleh letak atas muffin ... sebenarnya rasa bersyukur tergerak hati nak snap buah sulung yang didalam jagaan sendiri kerana seminggu kemudian pokok ni sepi... tiada mulberi yang sepatutnya meriah... gugur ke buahnya.. tiada pulak dipasu dan dilantai... curious sampai sekarang .. gerangan siapa yang berminat dengan baby buah mulberi akak ni... 
sekian .. sebagai catatan untuk diri sendiri.. 


PS : keletihan ulang alik dari KL JB dalam masa seminggu ni... sampai KL pukul 10.30 malam ..esoknya masuk ofis macam biasa... melayang-layang je rasa ... pandan pc mata lelap.. tengok wasap mata lelap.. baik cuti... demi memberi semangat kepada HS untuk ke sekolah.. gagahkan juga... adik dan abang pembantu semuanya cuti... akak dan adik pembantu yang rajin datang.. almaklumla ada yang nak cuti panjang untuk bercuti ke luar negara, ada yang nak simpan cuti untuk digunakan selepas bersalin dan ada yang nak simpan untuk cuti raya... walaupun waktu tidur tiada yang kurang dari pukul 12 malam dan pukul 8 pagi keesokannya kena pulun juga peserta dan urusetia gigih menyiapkan dokumen bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Jalan-jalan cari makan tak sempat ..layan je la foto posting dari grup yang sempat keluar dari hotel... sehari je dia orang dah muak makan makanan hotel... terkelip-kelip mata dan telan air liur je tengok foto mee rebus tulang, kacang phool dan macam-macam lagi... sempat pula dia orang ni keluar supper.. release tension sambil tengok buskers beraksi dan ada juga yang menyelusur pantai Selat Teberau yang kelihatannya lesu ... ada yang rajin bangun pagi dan terjah melihat pasar ikan ditepi jalan... jadi urusetia memang memenatkan... suka lagi jadi peserta.. bawa badan dan idea, buat kerja, sumbang idea ..gaduh-gaduh dan siapkan dokumen .. jadi urusetia kerja round the clock ..  wasap tengok dan dengar je la cerita cerinti para peserta... yang akan diingat sampai bila-bila .. urusetia terlajak tidur... bertubi-tubi grup wasap dari peserta .. wasap foto bilik perbincangan berkunci la, ugut nak balik tidur la dan macam2 lagi.... memang kami tiada rehat ... lega bila dah sampai rumah walaupun suasana yang kondusif dihotel ditinggalkan.. 

5 ulasan:

  1. Ini mesti ke warung-warung sebelah bomba Larkin makan kacang pool haji. Kenalah ke Restoran Singgah Selalu. Jgn makan yg diluar masuk di bhgn dalam. Kakak selalu ke sini. Satu-satu tempat kakak dan family selalu makan..

    BalasPadam
  2. Mar, group fb kak ada petua, kalau nak cepatkan dia bertunas banyak, eluk lenturkan batang mulberi ini kebawah..nanti pucuk2 baru tumbul kat batang2 tu

    BalasPadam
  3. Saya sangat ingin tanam mulberry di kebun, tapi belum juga dapat seedling yang bagus. Dulu pernah tanam tapi buahnya jarang dan terasa tawar.

    BalasPadam
  4. semoga mendapat rehat yg cukup ye kak mar, jangan penat sangat sehingga mengabai kesihatan diri..

    comel mulberi, cuma mampu menatap..

    BalasPadam
  5. Tak cukup rehat ni Kak Mar.
    Kena ambil nafas juga.
    Sleep well jangan terbayang kerja supaya lena.

    BalasPadam