Rabu, 27 Mei 2015

Cabut gigi

Jumaat lepas HS dibawa cabut gigi kerana gigi taring dah keluar... dah double dah giginya.. kali ni dah hilang seriau dia berjumpa dentist.. tahun-tahun terdahulu bagai bergaduh dalam bilik rawatan.. menangis dan tutup mulut dengan tangan... kali ni pembantu yang lemah lembut dengan pelbagai nasihat pada HS... dia pun dah ok... nampak juga ketakutan dia bila dirawat... keras je badan hi hi... kalau arwah En Boss ada dia tolak je dengan jari ..  borak-borak dengan dia untuk hilang perhatian terhadap gigi dan tetiba je gigi dah ada kat tangan arwah En Boss... dan HS terus tersenyum...  begitu juga dengan anakanda ateh Nurul .. arwah juga yang buat.. lepas tu budak-budak ni tersenyum... kita pun boleh senyum tiada kerisauan gigi jadi tak cantik dan berlapis-lapis dan juga tiada risiko anak-anak tertelan gigi yang dah longgar....
baik sungguh layanan pembantu doktor di klinik ni... tak macam dolu-dolu akak pun seriau nak jumpa doktor gigi... ada doktor gigi yang ganas... habis bibir kita cedera kerana kuatnya nak tarik gigi.. ee tak boleh ingat masa tu... memang krak kruk gigi kita dibuatnya.. agaknya doktor baru kut... berbanding dengan doktor sekarang yang baru .. semuanya berhemah, peramah dan lemah lembut melayan pesakit gigi.... I Loikke.. akak juga jumpa terpaksa jumpa doktor gigi minggu lepas ... asalnya untuk appoinment scaling... appointment pun kena pemeriksaan dulu.. akak dinasihatkan tak payah buat scaling sebab ianya menyebabkan gegaran yang kuat.. suggestion doktor adalah menguatkan gigi yang lemah... akan sakit juga.. hmmm dengan umur begini harap-harap semuanya berjalan lancar menahan kesakitan... sepanjang tujuh tahun lepas semua geraham dah missing.. setiap minggu mc kerana buang gigi.. nak buat macam mana kan.. masanya dah sampai

patung lembu ke patung kambing tu? anak kecil dibarisan hadapan akak kata lembu... bapaknya tanya lembu ke? Lembu katanya... tengok tanduknya akak kata kambing hi hi..HS senyum je sebab dia suka tengok gelagat adik kecil tu..

PS: si Tun cleaner di pejabat... buat apa dicabut puan? Kalau di indon cantik kalau senyum katanya... adoii puas akak menerangkan itu gigi susu .. memang dibuang !!!

2 ulasan:

  1. saya rasa tu kambing, kak mar.. hehe.. eh dah lama tak cabut gigi, last cabut darjah 6 dulu. alhamdulillah, gigi masih lagi bertahan sampai sekarang. yeahh..

    BalasPadam
  2. yang paling acik takut pi dentist la ss..
    tapi dah umur acik kena juga mengadap

    BalasPadam