Khamis, 30 Julai 2015

Mengkudu gemuk - gemuk

Sabtu lepas.. selepas melawat rumah arwah En Bos yang dibaiki selepas dipukul ribut (dua atap rosak dan dibaiki oleh pihak yg berkuasa, perlu buat laporan polis).. area ni memang zon puting beliung. . 2 -3 tahun lepas rumah deret hadapan.. kali ni kami pula.. 

 Usai urusan pembaikan balik ke rumah arwah MIL... minta izin dgn jiran sebelah untuk dapatkan buah mengkudu ni.. perasan masa raya minggu lepas lagi... hmm kalau bonda akak nampak ni seronok dia. . Bisikan hati termakbul... sampai juga bonda akak ke sini menuai mengkudu jiran..

 Hari tu tiada pemandu.. anak2 sibuk dengan agenda masing2. ..  anakanda sulong ke JB ada event bagpipe.. anakanda Siraj shift pagi... terpaksa mohon bantuan adik Teh untuk balik ke sini.. sekalian kita balik ke FL.. sebelum tu adik Teh teruja dgn rambutan yang merah ranum di situ.. sempat juga menuai setengah plastik... 

den sibuk melawat rumah dio sibuk mengait moktan :)

jiran kata mengkudu tu tumbuh sendiri... masyaaAllah. .. lebat berbuah dan gemuk2. . Cantik tersusun walaupun pokok kecil dan buahnya gebu semangat... memang akak terpesona. ..  tak sempat snap foto pokok... sogan... 

Bonda dan adik Teh juga sangat teruja memetik buah mengkudu. . Buah ni memang jiran tak endahkan sebab baunya masyaaAllah tak boleh tahan. .. tapi akak dan Bonda dah biasa minum. . Alah bisa tegal biasa. . Lepas ni siap la korang tutup hidung bila Bonda akak meramu airnya...

Close up

Sambil tu adik Teh menuai belimbing buluh ni.. teruja lagi dia... Bonda akak juga meminta keratan sirih...

Sempat melayan...
Merentas masa di FL. . 
Sun rise .. 
bakal menghangatkan suasana..

PS: minggu ni keluar lagi isu tanah di FL. Bakal hangat .. 30 ribu oh 30 ribu. .

Pepatah Petitih:
 Org tamak selalu rugi. .. buat Z dan S dan S..
orang sabar Allah sayang. ..
 pilih bersabarlah Bonda dan adik M..

Ahad, 26 Julai 2015

Pokok Telor Belangkas katanya..

Jalan-jalan raya jumpa pokok ni... mak chu kata pokok telur belangkas.. menarik juga..


Pokoknya besar dan tinggi.. berapalah umurnya... dah masuk kelab 50 ke :)


Khamis, 23 Julai 2015

Bunga Puding Belacan

Tak sangka pula Ramadhan yang lepas dia berbunga.. pokok takla sebesar mana.. meninggi je dengan daun yang jarang dan sebatu sebatu tumbuhnya.. tak rendang macam tuannya... nak direndang pun tak sampai hati... nanti terkulat2 je.. ada rencah tapi tak mencukupi . . namun sangat gembira dengan kehadirannya... bikin ceria di Ramadhan yang panas terik..







Rabu, 22 Julai 2015

Ayer@8 ..

Dah lama simpan foto ni.. sil ajak ke sini untuk dinner.. selepas dinner anak2 mahu main - main di tepi tasik... meriah juga..
 Bawa anak2 kecil .. ada sewaan mainan giant balloon yg tak berapa nak giant.. tak pandai buat tak jadi giant la... jadi la bebola belon yang halus tapi cantik.. anak2 teruja.. anakanda Siraj jemput balik.. sebelum tu dia ke kenduri kawannya.. tak sempat bertukar baju melayu.. layan adik2 sepupu... meriah mereka .. namun disudut hati tersimpan rindu padanya.. begitu juga anak2 ini... selalu abah budin yg layan.. kali ni Mak Long yang tak berapa celoteh yg layan... 

why these photos? Foto malam yang tidak sempat bersama arwah.. dah lama sil ajak abah budin untuk lepak2 di sini.. hingga akhirnya tak berkesempatan... 

Masa raya selalunya arwah En Boss aka abah budin suka bakar mercun layan anak2 buah.. kali ni pandai2 la anak2 bujang akak bawa diri layan sepupu sepapat memeriahkan malam raya dengan dentum dentam mercun ..esp. mercun klcc yamg masih berbaki tahun lepas.. sebenarnya tahum lepas tak bakar langsung sebab bimbang ganggu kesihatan arwah...
 dikemeriahan pecahan pelbagai warna dan bentuk dan bunyi mercun jauh disudut hati mengatakan seolah-olah arwah juga disamping kami.. menonton keindahan mercun dengan ingatan yang amat mendalam padanya... hmm terasa panas air mata mengalir perlahan membasahi mata..  kami masing-masing cuba merentas detik ini dengan tabah... anak2 buah juga merindui abah budin... kalau mereka bergaduh ada juga tempat mengadu.. begitu adu sil pada akak.. dia langsung sebak dan menangis... anak2 yang bergaduh terkedu...









Isnin, 20 Julai 2015

Salam Aidil Fitri

Baru berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat teman2 maya blog "suka suka".. maaf dipinta jika ada tersalah kata .. semoga teman-teman semua berbahagia di hari yang mulia ini.

Bunga ruellia pink yang indah yang ditemui  semasa nak shopping barang2 keperluan harian selepas break .. 

PS: menanti kambing golek .. hajat adik dari Ipoh untuk sesi perkumpulan semua adik beradik di FL.
masih bercuti.... bersiaran dari afamosa bagi meraikan hajat adik lagi... bidan terjun kali ni... garam pun terlupa nak bawa... bonda akak berehat dari aktiviti masak2... 

Selasa, 14 Julai 2015

Sepetang di backyard yang semak

jangan jeran tengok foto.. 
berderet-deret panjangnya.. 
dedicated to nature lovers..

Backyard tu semak agaknya tukang potong nak tunggu kami balik raya ;)

Sabtu lepas ikut bonda akak balik ke FL.. setelah sekian lama baru hati terbuka nak ikut balik.. depa ni balik untuk persediaan raya, kemas rumah, adinda I di Ipoh pula minta tolong carikan tukang buat kambing golek dan macam-macam lagi... pagi-pagi kami memetik rambutan yang dah mencecah tanah... duku langsat dah habis dikerjakan oleh cik kera dan gerombolannya... tinggal buah kuning.. buah merah dah jarang-jarang di pokok..
kebetulan 12 Julai birthday adinda Y yang ke dot dot dot dia pun mereward dirinya sendiri dengan berbelanja untuk rumah (that's my assumption sahaja.. kalau mengena ki ki betul la.. hmm kalau salah maafkan K Long eh..).. dapatlah rumah tu penggantian sebuah tv... cari dari KL lagi tu... penat meneman depa shopping sampai je dirumah akak terus tergolek sampai pukul 2 lebih.. tidur nyenyak dan segar rasanya bila dah rehat.. anakanda sulong sudah sibuk ajak balik.. ada appointment buka katanya... sebelum tu nawaitu nak singgah ziarah pusara arwah En Boss...  usai solat zohor kereta dah start, barang dah punggah, ternampak pula rerama riang gembira dibelakang rumah... jap jap mak ada agenda ni.. shooting rerama yang ramai ni.. warna putih, oren, oren keperangan dan biru macam batik...  dah lama tak shoot rerama


dah la hari panas terik .. namun berangin... bila berangin depa ni lari - lari .. susah juga nak fokus... 

putih yang sporting




batik biru

putih dah terbang..

full view kepak batik biru

tengah beroperasi

paling sporting.. foto paling dekat dan dia tak lari





si perang


gandingan si perang dan batik biru

yang paling besar

hitam kut..

in action




getting friendlier.. dah dapat dekati

in action..

blurr sikit

dah penat..

tangan hijau bonda.. kunyit yang gemuk2

limau purut yang tergolek2 tak dipedulikan


bushida yang dah meninggi... mereka panggil pokok berdoa

gigihnya menggait rambutan.. sori no rambutan photos


nak kereta ada lagi tarikan.. kawan-kawan perang dan oren..sioren langsung tak dapat snap... liar sangat




bunga kenangan ku.. bunga pokok tutup bumi... kisah akak dan arwah En Boss mencari pokok ini untuk rawatan pesakit kanser.. alfatihah buat arwah en Boss dan Kak Zah.. orng sakit tolong orang sakit.. walau tiada pertalian darah.. masing-masing sangat kuat berukhwah... orang baik .. kamu semua sudah pergi.. 

PS: akak dah cuti ... masih mood menyelesaikan urusan arwah En Boss