Sabtu lepas.. selepas melawat rumah arwah En Bos yang dibaiki selepas dipukul ribut (dua atap rosak dan dibaiki oleh pihak yg berkuasa, perlu buat laporan polis).. area ni memang zon puting beliung. . 2 -3 tahun lepas rumah deret hadapan.. kali ni kami pula..
Usai urusan pembaikan balik ke rumah arwah MIL... minta izin dgn jiran sebelah untuk dapatkan buah mengkudu ni.. perasan masa raya minggu lepas lagi... hmm kalau bonda akak nampak ni seronok dia. . Bisikan hati termakbul... sampai juga bonda akak ke sini menuai mengkudu jiran..
Hari tu tiada pemandu.. anak2 sibuk dengan agenda masing2. .. anakanda sulong ke JB ada event bagpipe.. anakanda Siraj shift pagi... terpaksa mohon bantuan adik Teh untuk balik ke sini.. sekalian kita balik ke FL.. sebelum tu adik Teh teruja dgn rambutan yang merah ranum di situ.. sempat juga menuai setengah plastik...
den sibuk melawat rumah dio sibuk mengait moktan :)
jiran kata mengkudu tu tumbuh sendiri... masyaaAllah. .. lebat berbuah dan gemuk2. . Cantik tersusun walaupun pokok kecil dan buahnya gebu semangat... memang akak terpesona. .. tak sempat snap foto pokok... sogan...
Bonda dan adik Teh juga sangat teruja memetik buah mengkudu. . Buah ni memang jiran tak endahkan sebab baunya masyaaAllah tak boleh tahan. .. tapi akak dan Bonda dah biasa minum. . Alah bisa tegal biasa. . Lepas ni siap la korang tutup hidung bila Bonda akak meramu airnya...
Close up
Sambil tu adik Teh menuai belimbing buluh ni.. teruja lagi dia... Bonda akak juga meminta keratan sirih...
Sempat melayan...
Merentas masa di FL. .
Sun rise ..
bakal menghangatkan suasana..
PS: minggu ni keluar lagi isu tanah di FL. Bakal hangat .. 30 ribu oh 30 ribu. .
Pepatah Petitih:
Org tamak selalu rugi. .. buat Z dan S dan S..
orang sabar Allah sayang. ..
pilih bersabarlah Bonda dan adik M..