Sabtu, 5 September 2015

Buah meranti KL..

Suatu ketika di Pusat Bandaraya... 
Mudah aje dia tumbuh.. subur pula tu.. Mesti bawaan burung-burung.. Masa snap untuk entri ni akak dah cuba nak petik buah meranti yang tumbuh liar ni... apakan daya tangan gemuk tak lolos sampai... HS yang bantu ambil buah ni.. puas hati... baunya sedap tapi tak berani nak rasa.. kononnya nak simpan buat benih .. malangnya bila sweeper datang kemas dah dibuang bersekali sebab ingatkan sampah .. sadis sekali... 

nampak buah hitam tetapi bila dipicit warna ungu yang cantik keluar... pokoknya boleh dimakan.. belum try lagi.. selalu nampak di Pasar Tani





telan air liur tengok buah ni .. teringat buah blueberry yang dibeli di Cameron Highlands yang dibeli di kedai En Man..
PS: lebih setahun simpan dlm folder..
Hampir 2 minggu jerebu di sini.. sekarang hujan lebat.. guruh dentam dentum bersilih ganti.. sayu bunyi hujan yang turun jelas kedengaran bila tv ditutup... teringat arwah MIL .. arwah En Boss juga pergi ketika hari hujan.. semoga selepas ini suasana lebih bersih dan terang tanpa jerebu... tayangan suara kekasih sebelum asar tadi.... nostalgia
 !!
 Lepak dirumah aje sebab pemandu2 akak ada urusan masing2 .. Anakanda sulong ke Kuantan kerana event bagpipe.. anakanda Siraj pula shift pagi.. tiadalah dapat menghadiri jemputan kahwin anak Kak Zah hari ni..

2 ulasan:

  1. Dah banyak kali nampak dekat kebun, tapi sampai hari ini tak kesudahan nak cuba masak sendiri.

    BalasPadam
  2. Buahnya boleh dimakan??...
    ummi pernah tengok, tapi tak berani nak makan

    BalasPadam