Khamis, 5 November 2015

Manis seindah namanya

Masa Adik Teh cerita pasal pokok buah hari tu.. pokoknya m sedia ada di tanam di FL .. akak blurr je.. dia kata macam laici.. tengok juga pokoknya .. hmm dah tinggi... akak masih tak ambil pot.. 

Minggu lepas selepas kenduri kahwin di rumah MAKSWIP akak dapat 2 -4 biji .. Adik Teh beri.. dari rumah adik Intan F rupanya.. pokok dah keluarkan hasil.. barulah kenal buah ni.. buah kristal katanya.. kulitnya rapuh.. isi berselaput seperti rambutan.. manis dan ada aroma kombinasi laici, longan dan kadang2 durian.. macam mana tu? Akak enjoy makan buah ni dan bersyukur kerana dapat mengenali buah baru.. 

Bila digugel... results memberikan maklumat rasa buahnya setanding laici (utusan - nampak benar dah lama tak baca suratkhabar) .. popular di Sarawak.. berasal dari Papua New Guinea.. 3 jenis buah iaitu berwarna merah, hijau dan kuning.. varieti longan juga..





11 ulasan:

  1. Saya pertama kali tengok buah kristal ni. Nak cari dimana yea kalau nak beli. Kat pasar raya ada ker?

    BalasPadam
  2. Ye lah SS.. nampak macam longan pun ada.. laici pun ada..
    tapi ada rasa durian pulak ye SS..
    Senang ke nak buah kristal ni SS..

    BalasPadam
  3. Kakak pernah buat entri tentang buah ini
    Masa tu hubby kakak beli lepas balik meeting di Sibu.
    Langsung sampai sekarang masih tak tahu nama
    Baca entri ini barulah kakak tahu nama
    Kakak pun ada tanam juga tapi di rumah kampung - dah besar pokoknya tapi belum berbuah.

    BalasPadam
  4. pertama kali dengar, teringin jugak nak rasa....nanti nak minta tolong kawan carikan.

    BalasPadam
  5. Ada yang kata longan hutan. Kalau makan banyak-banyak bagi yang kalah akan rasa pening.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. tak pernah tengok buah ni tapi nampak mcm sweet dan sedap :)

    BalasPadam
  8. Pertama kali dengar buah kristal ni...nampak macam sedap jer... kalau ramai yang bawa tanam kat semenanjung ni pasti ramai yang akan mengenali dan dapat merasa makan buah ini..

    BalasPadam
  9. Buah matoa..semua orang kata sedap. Teringin nak makan sebab teruja nak tau tiga kombinasi rasanya..

    BalasPadam
  10. mesti manis dan sedap buah ni..kan Mar.Tak pernah tengok buah ni.

    BalasPadam