Kerana dia ditinggal lama di laman kenangan itu dia di xxx. ... selepas hari raya haji baru akak jenguk.. sedihkan! Anak -anak angkat telah banyak yang korban.. Kekeringan tanpa air tanpa atas tanah .. tiada ia dapat sebarang bekalan kecuali jerebu... bagai di ovenkan. . waktu ditinggalkan beberapa tangkai sedang berputik.. waktu ditinggalkan mereka bahagia dengan bekalan terus nutrien dari tanah.. terkorban kerana dibiarkan diatas lantai porch.. bekalan tersekat..
misi menyelamatkan koleksi-koleksi kesayangan akak yg masih ada... misi pd 17 Oktober 2015.. selamatkan selagi terdaya..
kedondong (paling kritikal dahan sudah rapuh),
delima dari Rose Semua Menjadi,
garlic vine (2 tinggal satu), spider lily yg gemuk2 dan rangoon creepers dari KBB, anak mangga dari pokok depan rumah. . Anak2 lemon tinggal sepasu..
melur jepun dan gardenia beserta ruela pink ,
3 pasu anak-anak delima yang akak semai dari benih buah yang dibeli oleh adik di Frasers Hill yang dlm proses keremajaan,
allamanda bunga coklat jingga ,
Keremak merah yg asalnya tumbuh liar di Megway ( baru tahu namanya)
Kunyit, cekur
3 pasu anak-anak delima yang akak semai dari benih buah yang dibeli oleh adik di Frasers Hill yang dlm proses keremajaan,
allamanda bunga coklat jingga ,
Keremak merah yg asalnya tumbuh liar di Megway ( baru tahu namanya)
Kunyit, cekur
penuh bonet dan tempat duduk belakang. . Ranting delima akak lipatkan ke pangkalnya.. Bagi memudahkan pengangkutan pasu2 kesayangan terpaksa akak pecahkan.. ketak ketuk pasu dihempas .. hari hampir maghrib. . Banyak betul yang dikorbankan..
Pindah sementara ke rumah kayangan. .
Dah macam hutan depan rumah kayangan yang sempit ni.. sementara akak bela dan cuba baiki keadaan mereka yang menyedihkan. .
Inventori kehilangan koleksi pokok2 :
Nenas madu Sabah
Yellow walking iris dari Meru
semua jenis rose Jepun
semua jenis keembung
Pokok Lemon yang subur dalam planter box.. haish ini pun ilek. . Dah tinggi. . Tinggal kotak je..
Pecah beling kena alih atas simen porch pun kering..
pokok ubi dlm kotak polistrin bersama keratan mulberry (gift dari Diana KBB) 100% tiada.. tinggal kotak je.. nasib sebelum ni ada akak bawa sekeratan yang agak subur bawa balik ke FL.. alhamdulillah bahagia sementara disana..
Kesian tiada yg sudi bela semasa sepeninggalan akak .. sekadar siraman sahaja..
sedih tengok putik buah kekeringan dengan daun yang rapuh bila diramas... aah itulah dia kedondong kesayangan akak.. dahan yg rapuh sudah akak patah2 kan.. sangat kering... nampak daun halus yang entaframe sebagai latar belakang pokok kedondong ni.. pokok delima Rose SM yang sedang survive dah melepasi tahap kritikal. Sudah menerima seadanya keadaan semasa.. sudah akak pindahkan ke FL.. minggu lepas.. hi hi teringat pula pemindahan bersama baby rama-rama .. duduk berjiran dengan anakanda Shiman. . Nasib dia tak gatal-gatal.. HS yang naik kereta lain pula yg dapat gatal-gatalnya. .
Tak sangka pula dia survive. . Sudah ada pucuk2 baru yang menjenguk dunia.. sejuk sikit hati ni... yang terus gol adalah rangoon creepers .. bila dah stabil akan akak hantar ke FL ..
Yang tinggal pada 17 Oktober .. pokok limau kasturi, sambung nyawa dan bunga raya putih dan merah berlapis dan 2 pasu pokok kemuning arwah MIL, pegaga,ulam raja allamanda pink belacan. Limau kasturi sudah jadi penghuni rumah kayangan minggu lepas..PS: Makan minggu juga akak menahan rasa.. rasa juga kemurungan tu .. siapa tak kecewa .. sedang struggle hidup di KL .. anak2 angkat pula yang jadi korban.. Akak juga faham bila dah kena tinggal memang serabut dan semak.. cuaca juga kering..
Assalamualaikum Mar.
BalasPadamTerasa nada keciwa Mar.Sabarlah Mar, begitulah hidup dibandar mana ada masa.Kalau kita berjiran saya akan tolong jaga pokok2 kesayangan Mar tu hihihi.
Assalamualaikum kak....tak apa sedih sekejap... nanti akak tanam semula yang baru....
BalasPadamOh Kak yang rangoon creepers kan walaupun nampak gol.
BalasPadamNanti akak siram balik ada kemungkinan pucuk keluar baru dari tanah.
Mak Diana biasa pruning pokok rangoon creepers dia sampai paras tanah.
Pastu hairan bin ajaib musim hujan keluar merimbun semula.
Tak pernah siram tapi duduk atas tanahlah.
Jadi sekarang ni Diana biasa potong rumput tak kira langgar je potong terus akar dani sampai tak nampak dah.
Sebab tahu nanti dia akan naik semula jika akar dah berselirat banyak bawah tanah.
Spider lily tak pe Kak dia bawang macam seeds boleh duduk dormant walaupun takde daun.
BalasPadamNanti siram keluarlah daun balik.
Bayang macam amaryllis kak, jika dimanjakan tak mau bunga, ni dah kena dugaan macam-macam InsyaAllah mau dia bunga jika saiz bawangnya dah matang.
sabar ye mar..
BalasPadamakak pun baru tebang pokok bunga kerak nasi yg dah merimbun atas pergola. rimbun sangat sampai rumag jadi gelap dan banyak nyamuk..