Jumaat, 29 Januari 2016

Rojak katih

Terima kasih kepada kawan sepejabat yang beri rojak ni.. ole-ole balik kampung bercuti semasa cuti Thaipusam hari tu.. beli di Pasar Payang KT katanya.. 

Kalau di kampung akak arwah atuk sebelah ayahanda katih ni direbus je dan letak garam je.. sedap.. kali ni ada kuah lada.. sedap juga..

Dpt snap ciput2 je.. malas nak tuang dalam mangkuk.. jimat masa makan tenghari yang hanya sejam itu.. maka cedoklah dari plastik bungkusan je.. makan dengan nasi putih.. panas2... nak tahu apa itu katih .. please gugel ya..



Rabu, 27 Januari 2016

Pasar Tani Bulanan - bunga sawi jepun

Setiap bulan ada pasar tani di sini.. terberkenan dengan bunga sayur ni.. minta dengan adik penjual untuk diabadikan kecantikannya.. 

PS: 1. Dlm perjalanan balik dari ofis.. selisih dengan kemalangan.. ramai penunggang motorsikal berhenti  ditepi cerun dibawah bangunan Bukit Aman.. ada perasan sedih menjengah diri.. mangsa keseorangan dijalan.. Allahuakbar.. masa empunya diri dah sampai.. 

2. Majlis bacaan Yassin dan tahlil dipejabat.. niat masing-masing.. sebelum ni mak sahabat dipejabat meninggal.. tak dpt akak menziarahi arwah sebab mesyuarat di Pjaya.. 

Bawang Dayak aka bawang berlian Berbunga dan malam


Sesampai aje disini cepat-cepat ambil wudhu untuk solat asar.. Highway  jam.. ada kemalangan kalau perlahan aje perjalanan kami.. Bangi ke Seremban yg menyiksakan.. ada pula pemandu perempuan yang sesuka hati ke line tengah tanpa signal dan tanpa sensitif bahawa kami juga menuju line yg sama.. tak takut bergesel dan bertembung dengan kami.. seriau kami dek sikapnya... ada pula lori yang perasan kurus nak terjah laju diline kiri sekali.. rasa tak aman di jalan raya...

Usai solat maghrib melawat kawasan.. meriah tampaka berbunga.. snap juga malam malam tu.. berbaloi sebab bila balik dari kedai.. bunga dah gugur.. malam tak berapa jelas bunganya.. apa pun hati tetap berbunga.. ada 4 pasu.. sepasu lagi pun berbunga juga.. tak sempat nak snap .. nak ke kedai untuk hal-hal makan malam..



Malam yg diterangi cahaya bulan.. sebelum tu semasa sampai dah nampak hulan disiang hari... tak sempat snap sebab tergesa-gesa menunaikan solat asar.. tanfkapan HS

Tangkapan akak semasa perjalanan ke mari

Tangkapan anakanda Hazriq






Isnin, 25 Januari 2016

Pokok terung .. milik siapa?

Awal tahun 2014.. rajin datang menziarahi bapa saudara yg stroke.. bapa saudara arwah En Boss.. sebelum ni memang jarang datang sana.. hmm banyak tanaman mak saudara.. sebelum ni akak ada up entri mengenai hasil tanaman Mak Saudara arwah ... semuanya menjadi.. antaranya pokok terung macam foto dibawah.. bila lagi dapat menziarah sambil belek pokok2 mak saudara..

pokok ni akak jumpa dibelakang stesen minyak di KL ni.  Lupa lokasi sebenar...sempat snap pokok terung ni sambil tunggu HS ke toilet.. mungkin pekerja stesen yg semai dan bela.. 
Akak perasan juga ada stesen minyak yang rajin tanam bunga dengan pelbagai koleksi bunga yang cantik.. Petron kut.. Lokasi di Seremban ada satu,  sejuk mata memandang.. lagi satu sebelum naik  Frasers Hill.. siap beri peringatan jangan petik bunga-bunga yang ditanam.. akak tebalkan muka minta pokok rose jepun ha ha.. pekerja dia beri. Alhamdulillah.
Hmm bila lagi dapat ke Fraser Hill?



PS:terung yg akak semai atau beli tak pernah menjadi :)

Semalam bonda akak masak pajeri terung.. akak bila lagi? :)

Sabtu, 16 Januari 2016

Maulidur Rasul di PNK Kuala Sungai Baru

Tangkapan adik Lang.. semasa sunset diPNK Kuala Sg Baru pada petang Maulidur Rasul yang lalu..

Tangkapan akak... sebelum sunset..




Ps: Layan adik Lang yg bercuti.. bawa ayahanda dan bonda.. makan seafood disini.. tahun2 sebelum bersama arwah En Boss berkumpul disini menikmati ikan bakar dan tahu goreng special dimakan bersama nasi lemak.. sangat sedap.. ada saudara yang baru ke darat dengan udang besar .. dpt sekilo.. masak sambal.. ketika itu semuanya enak.. sesungguhnya rasa masakan pun jauh berbeza.. 

Kali ini dapat pula siput pepahat yg kurang fresh.. hmm tak boleh makan.. minta tukar.. katanya pepahat bela.. namun hakikatnya tiada rezki kami... surau pula di tingkat atas.. sukar pula bonda yg dah uzur serta sakit lutut untuk untuk mendaki tangga.. kali ini bonda dihidangkan dengan ikan serekut.. dimasak 3 rasa dan masam manis.. lain kali perlu dimasak bakar bersambal.. baru rasa kemanisannya... hendak ke Umbai jauh pula.. teringat akan ketam blackpepper dan asam pedas Umbai..

Sbg catatan untuk ingatan dimasa hadapan.

Jumaat, 15 Januari 2016

Habuan si tupai

Tahun 2015 tengok je la buah-buahan bergayutan dipohok... sebiji pun kami tak menuai sebab jarang balik ke sini... jiran2 yang uruskan.. siapa yang tuai dialah merasa.. kalau si tupai pula macam-macam ragam.. maklumlah faroya... makan tak habis...

Kisah tupai dan mangga tahun 2013... masa ni memang mewah dengan buah... manusia dan haiwan puas hati hi hi hi..

Tupai makan tak habis.. sayang betul!! Ranum sangat.. 

Yang ni terlanggar kut..nampak gaya masih muda .. ke tak sedap terus campak ke tanah..

Yang ni pula mungkin lapar sangat... habis 
licin.. 

Rabu, 13 Januari 2016

Sambil tunggu traffic light .... nampak cendawan itu

Foto lama.. Hujung April 2015 yg lalu.. dah jadi pekasam dah.. 

Sempat juga snap .. asalnya terkejut apa yg tertonggok tepi jalan di tengah kota raya KL ni..


Isnin, 11 Januari 2016

Pokok Beracun ?

Viral hujung tahun 2015.. pokok ni beracun katanya.. merbahaya kerana menyebabkan penyakit leukemia.. waĺlahuaalam.. Sabtu lepas baru dpt jumpa Mak Tom.. rembat pokok jintan dan pokok bunga macam serombong tu.. ada yang kata beracun bunga serombong tu .. tak boleh tahan rembat aje la.. kalu berbunga nanti pandai2 la jaga diri.. namun Mak Tom memaklumkan dia dpt wasap bahawa pokok dlm foto ni tak beracun.. hmm yg mana satu ni.. perlu buat carian dgn pakcik gugel juga ni.. 


PS: 1) Teringat akak nurseri di pasar tani.. dia tag bunga ni sebagai zamia..

2) Hi hi dah lama dapur tak berasap.. selepas nasi arab khabsa sebulan lepas , gulai ayam di FL , kali ni gulai cendawan kukur pula.. suka anak-anak emak dah ada semangat utk memasak.

3) Tak jadi ke FL, tak jadi juga ke Putrajaya sebab penat dan panas.. lama di AEON kerana mencari macam2 benda.. tukar point dpt rm60.. kontra sebahagian harga dengan mop yang siap ada tempat perahan tu.. tak payah perah dengan tangan.. siap si adik promoter tu pijak pada bekas airnya untuk tunjukkab kekuatan bahannya.. so tungguu sampai bila boleh tahan..

4) Status tanaman di FL .. dihantar melalui wasap oleh adik Teh dan anak saudara..tq semua

Jumaat, 8 Januari 2016

Birthday treat -Adam Lai

Untuk catatan sendiri..
Terima kasih anakanda sulong.. selepas perjalanan yang sesak dan hujan lebat kami berempat mengucap syukur dapat menikmati juadah di restoran Chinese Muslim.. alhamdulillah ada surau untuk solat maghrib

Sayur pilihan HS .. kailan kombinasi.. licin

Udang mentega medium pilihan semua

Ketam telur masin pilihan anakanda sulung

Kerapu dan hirisan mangga.. semua suka.. masam2 dan manis .. kuahnya lagi sodap

Sup bebola ikan dan salad.
 Tiada foto.. kenangan rasa yg sedap dan menyegarkan. Favourite HS... jus istimewa Adam Lai pun lupa nak snap sebab excited sangat.. dah lama tak menjamah masakan di sini.. sebelum ni kami ke restoran di Shah Alam selepas konvo anakanda Siraj.

PS: Pencuri tab telah ditangkap di pejabat lain yang sedang direnovasi.. cctv .. so tak boleh ngelak lagi.. adakah dia juga yang telah membahan fon arwah En Bos hari tu? Kalau ya mohon dipulangkan semula dengan rela hati.. majikan dan keluarga pembahan harap bekerja sama.. SO projek bagaimana? Apa tindakan anda? Semoga Allah izinkan fon tersebut kembali kepada kami sekeluarga.. wp akak dah beli note yg baru.. fon yg hilang sangat memberi makna .. sentimental value yang tiada nilainya.. bak gathering ini..





Khamis, 7 Januari 2016

Dibawah pokok limau purut

Ditemui tumbuhan ini.. dah lama nampak.. Dibawah pokok limau purut.. Terselit antara pokok dan pagar.. terpaksa bersempit-sempitan utk capture bunganya..  Rasanya ada kelopak bunganya.. mungkin masa ni dah keguguran..  Tumbuhan liar kot.. mohon share info mengenai pokok ni.. entah apalah namanya..




Selasa, 5 Januari 2016

Aktiviti Kebun Cuti Krismas

Sebelum cuti Krismas pesanan dari Diana KBB tiba.. terus diangkut ke FL.. bawang berlian aka bawang dayak (pesanan kedua).. dapat tiga pasu.. 

Jambu batu isi pink kemerah- merahan.. belian pertama.. semakin sihat dan meriah.. sebelum ni kurus kering je.. kedondong pasar tani pun nak entaframe juga..

Lain-lain aktviti: pindahkan anak pokok kuning telor ke tanah, pokok kaki ketam yg dibuang untuk tanam semula dgn pokok lain di lanskap ofis.. minta dgn pekerja.. mudah2han hidup subur.. masa ni hari panas dan berangin.. mudah2han ada hujan turun mcm di KL ni..

Pokok limau kasturi yg dipindahkan ke tanah sebulan lepas juga masih bertahan.

Kesidang dan jambu batu pesanan kedua akan menyusul..

PS: pokok garlic vine dah kena ngap dgn cik moo moo.. habis pagar rumah diredahnya..

Zinnia putih juga kering tanpa tinggalkan benih.

Makin tua..

Assalam.. 
breakfast pagi 5.1.2016.. 
Post kali ni sebagai ingatan untuk diri sendiri.. hari ketuaan hari ni ...  buat bonda yang telah melahirkan akak.. semoga bonda dan ayahanda sentiasa didalam rahmat Allah swt jua.. memang sengaja capture date ni.. 

kuih kegemaran..
 yang sekali je try memasaknya..
 makan pun tanpa kelapa.. insyaaAllah akan juga cuba try resepi kuih tradisional ni... 

PS:1. hari2 beli kuih ni... 
2. HS tertinggal baju sekolah selepas KAFA.. alhamdulillah pagi ni ada lagi.. 
adik adik! Hari pertama sekolah dah lupa baju sekolah pagi..

Isnin, 4 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016


Selamat tahun baru 2016 buat teman-teman maya. Selamat bersekolah semula buat anak-anak. 
 Baru sempat nak mengolah ayat "mengayat" bak kat arwah En Boss. 

Foto rama-rama pertama tahun 2016@Pengkalan, Ipoh. Perlu segera bergerak keAEON. Sebentar lagi solat Jumaat akan bermula di Masjid berhampiran. 
Berkelana kesini kerana menemani adik Teh untuk rawatan susulan di Batu Gajah. Tabib Cina yg popular dan dua tiga saudara mara di Ipoh ni telah sembuh. Ke sini atas saranan bonda setelah seminggu adik Teh menahan sakit kerana peristiwa kereta jiran yang bergerak walaupun telah disendal dengan batu. Cedera kerana cuba halang kereta dari mengenai kereta dihadapan.

 Ke sini berempat menaiki ETS. Tempahan tiket online, caj rm2 utk servis online.. 4 org rm16 pergi balik. Pergi naik coach gold @rm35 sebab kebanyakan coach silver dah penuh. Balik dpt coach silver @rm22.  Ronda2 di AEON (dah lupa nama tptnya), Mydin Meru dan Manjoi, minum pula greentea gelas gedabak@rm5 secawan Anakanda Hzrq semput pula.. kena cari klinik utk dptkan gas. Mlm pekena char kuey tiau Utara diMeru.
Malam minggu balik KL. Balutan dilutut mula longgar.. perlu bandage ..

Walaupun persekitaran yg bersepah tak menjadi penghalang utk tembak foto rerama.. 




Foto dari whatsapp group..

Aksi si Luna.. pet Adik Awin yg dirindui oleh adik Lang di Ipoh.

PS : Lawatan ke Majestic dan Primiera Hotel utk event 2016.