Selasa, 5 Januari 2016

Aktiviti Kebun Cuti Krismas

Sebelum cuti Krismas pesanan dari Diana KBB tiba.. terus diangkut ke FL.. bawang berlian aka bawang dayak (pesanan kedua).. dapat tiga pasu.. 

Jambu batu isi pink kemerah- merahan.. belian pertama.. semakin sihat dan meriah.. sebelum ni kurus kering je.. kedondong pasar tani pun nak entaframe juga..

Lain-lain aktviti: pindahkan anak pokok kuning telor ke tanah, pokok kaki ketam yg dibuang untuk tanam semula dgn pokok lain di lanskap ofis.. minta dgn pekerja.. mudah2han hidup subur.. masa ni hari panas dan berangin.. mudah2han ada hujan turun mcm di KL ni..

Pokok limau kasturi yg dipindahkan ke tanah sebulan lepas juga masih bertahan.

Kesidang dan jambu batu pesanan kedua akan menyusul..

PS: pokok garlic vine dah kena ngap dgn cik moo moo.. habis pagar rumah diredahnya..

Zinnia putih juga kering tanpa tinggalkan benih.

4 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah Seronok tengok.

    Kak Mar yang daun dah kering tu potong je terus semua, supaya daun baru akan tumbuh untuk bawang dayak.
    Kalau mata Diana tak silap dalam sepot tu, Kak Mar boleh bahagikan lagi bawangnya 4 bahagian.

    Garlic vine tu kena ngap sampai ke tanah ke?
    Kalau tak semua, InsyaAllah tumbuh pucuk baru branching.
    Hai sedap gak ke cik moo moo suka perisa garlic hehehe...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Seronok tengok pokok2 yang hidup lepas tanam...kalau tak hidup rasa sedih saja...

    BalasPadam
  3. Happy gardening, Kak Mar! Disinipun banyak yang tanam bawang dayak, saya pun ingin mencobanya.

    BalasPadam