Isnin, 29 Februari 2016

4 tahun menanti

Sanah helwah buat anakanda HS.. ditakdirkan lahir pada tahun lompat... hi hi.. geng dengan anakanda Ezam... kawan2 yang mengingati terima kasih diucapkan.. yang menghulurkan hadiah semoga Allah memberkati.. akak ambil cuti untuk urusan kp HS..

tiada acara khas hanya bawa makan2 ke tempat favourite anakanda semua..  Restoran Sharin Loh di Wangsa Maju dah tutup.. lencong la ke Adam Lai ..  kali ke 3 nih.. foto pun tak banyak ambil sebab semua tak sabar nak dinner.. menunggu sepanjang hari untuk berkumpul anak beranak.. tiada kek akak sediakan hanya iringan doa bacaan anakanda sulung.. alhamdulillah berjalan lancar.. masuk waktu maghrib kami menuju ke UTC utk urusan kp HS. Alhamdulillah waktu yang singkat selesai urusan.. solat maghrib di situ... alhamdulillah surau yang selesa cuma melilau mencari .. solat isya juga disitu... usai urusan solat.. balik utk rihat hari tu..

Antara foto yang sempat  akak snap..

Krup krap mangga tu.. 
elok untuk hilangkan rasa muak.. 

Ketam yang dikukus dulu baru dimasukkan sos.. alamak lupa nama nya..

Favourite yang diraikan.. sayur kailan kombinasi..

Terima kasih akak Bib.. teringat pesan dia sejurus sebelum akak meninggalkan pejabat untuk ke hospital.. jangan pulak bersalin esok katanya.. esok thn lompat!! Nak buat macam mana itu semua ketentuan Allah.. 



Rabu, 24 Februari 2016

Pindah

Rumah baru, udara baru untuk ahli2 ni.. di rumah kayangan dah terbiar.. bawa tempat baru agar lebih ceria akar2 menyentuh bumi menyedut nutrien asli... namun cabaran hebat adalah ditinggalkan tanpa dibelai.. survive sendiri mengharapkan air hujan yang sekali sekala turun dan yang paling haru ada je cik kam dan moo moo terlepas masuk.. entah ada lagi ke tidak dimasa hadapan wallahuaalam.. 

Ruela yang dah beranak pinak

Lili dari Kak Mala dah besar panjang.. hari tu semasa tiba masih baby lagi..

Bunga liar yang tumbuh melata di pantai Cherating dan sekitar chalet.. meriah dengan bunga dan mudah membiak..seakan-akan ruela juga


Pokok sepit udang/sepit ketam/lobster claw aka heliconia.. entah survive ke tidak.. ni je yang masih maintain.. mudah-mudahan menjadi..  ada kawan suruh letak dalam pasu besar.. nantilah kalau dia survive dan beranak pinak..
(Pokok diminta dari pekerja yang sedang buat pengeluaran pokok ni untuk diganti dengan lanskap baru.. rasa sayang sangat tengok pokok terlepak sana sini menanti masa untuk dibuang.. akak apa lagi .. minta izin bawa balik ..)

Mangga yang dipindah dari Seremban ke rumah kayangan KL.. sangat bahagia disitu... bila bawa ke tempat baru dah diratah dek cik kam.. minggu lepas langsung habis daunnya..  udahle daunnya lecur dek panas mentari.. 

Rose Jepun saki baki yang ada

Dah lama tak jumpa pokok ni berbunga.. berbunga masa kita bekerja.. kembang sebelum tengahari .. malam dah kecut.. tak berpeluang untuk snap dan kenalpasti warna apa.. alhamdulillah warna ni masih ada.. beli dari kawan fb.. dah dua batch akak beli.. batch pertama kat Seremban.. tak berpeluang nak lihat dia hidup sebab lama tak balik.. kali ni beli pun dah macam hidup segan mati menghampiri!! Sebelum habis disedut oleh koya putih akak bela semula dan buang yang dah jadi mangsa... namun masih tak sempat belai dan bila mood ke laut... jadi mangsa tinggal .. siram pun dua tiga hari sekali.. 

Warna ni cinonet je 



Gula kapas / cotton candy katanya..









Entah warna apa ? Harap-harap warna orange terang.. yg tak nampak lagi warna merah terang.. dah pupus kut..


Hmm ada juga yang tak berbunga langsung... nak buat macam mana ya.. dah akak pindah ke FL..

Ahad, 21 Februari 2016

Gaharu

Sudah gaharu cendana pula... sambung sendiri ya... 
Pertama kali tengok pokok gaharu ni...  projek usahama mak saudara dan penjual pokok ni... suatu masa yang sesuai akan dibeli semula pokok ni untuk tujuan mereka semua.. beli rm30 jual nanti berapa agaknya? 


Khamis, 18 Februari 2016

Sawi dan singkong

Tanaman Mak Teh.. sekeliling rumah.. 
ziarah bapa saudara yang uzur.. lama tak jumpa.. kurusnya !!.
alhamdulillah bertambah sihat..

 dalam ziarah dihadiahkan pula ubi kayu aka singkong.. pantang disua.. Adik Teh segera mencari cangkul..

Batas sawi.. hasilnya pula untuk jualan dikedai makan.. selain tu ada bendi, pucuk ubi dan macam2 sayur.. jimat.. modal berniaga boleh dikurangkan..


Adik Teh teruja sebab tengok Law In The Jungle Borneo.. seronok tengok orang Korea makan ubi kayu ha ha.. akak tengok je la dia gali sebab kaki dah stress .. dia dan bonda menggali.. Mak Teh kata bonda akak pro bab gali ubi ni.. orang kampung katanya.. uzur2 pun boleh lagi  mencangkul ... tanah dah lembut sebab hujan sebelumnya (ada juga mangsa banjir) mudahlah menarik keluar ubi2 tu..ada ubi pulut.. ubi ni sedap katanya.. bila direbus.. cair dalam mulut dek kelembutannya.. memang sedap.. akak makan tak ingat dunia.. tak sedar diri alah dengan ubi.. makan lebih2 angin satu badan.. nasib tak jadi migrain dan gastrik..  dapat juga bawa balik batang ubi untuk semaian ditepi pagar... hari tu bonda ajar semai guna pucuk ubi je.. dah hidup katanya... tapi dah dikerjakan dek cik kam.. hmm melepas ..

Rabu, 17 Februari 2016

Kuning di pagi hari

Pagi-pagi berkembanglah bunga-bunga ni namun setakat ni belum nampak buah peria lagi.. pokok dah memenuhi pagar.. bunganya saiz comel-comel je.. teringin nak menuai peria! Pokoknya tumbuh sendiri di belakang rumah.. bawaan burung barangkali..


Isnin, 15 Februari 2016

Limau Pagar Mak Ngah

Kononnya nak melawat mak ngah sambil bawa ayahanda yg sibuk nak jalan-jalan cari makan yg sebelum tu di kl sibuk nak balik kampung .. sesampai kami disana ternampak pula keluarga mak teh baru sampai dan sedang merendang itik... sampai masih terbau2 sekarang ni.. kami tak sempat nak tunggu.. banyak lagi rumah yang hendak diziarahi semasa cuti cny tahun ni... ayahanda pulak jatuh terduduk dari buaian.. berlari akak keluar bila kecoh-kecoh kat depan.. akak dan pak din tolong tarik.. tergeliat juga menarik ayahanda ni.. lutut jadi stress.. 

kuatkan hati tinggalkan mak teh .. mak teh jaga kesihatan tau.. Along tau mak teh kuat.. umur akak dan mak teh ni selang setahun je.. teman sepermainan.. sekarang sedang diduga dengan kanser.. nampak semakin kuat.. naik ke rumah mak ngah.. mak ngah gi kenduri... sambil bonda borak2 sekejap dengan anak mak teh akak menjalankan misi membelek pokok di laman.. bonda akak kata limau pagar.. sedap ni bila ikan dicuci dengan buah ni.. pulakkk.. tak tau pun... yg akak tau buah limau kasturi je .. bila gulai ikan sungai yg disalai pasti bonda akak perah limau kasturi .. ke masa dulu2 tu bonda guna limau ni .. wallahuaalam.. tak sempat bertanya.. pokok bacang giat berputik.. adik teh tak sabar .. buah favourite dia.. 

Tertanya - tanya .. kenapa namanya limau pagar eh!!  Buahnya cinonet je...



PS: lepas ni ke rumah mak teh yg lagi satu.. ayahanda masih ingat!!

Cendol

2 Minggu lepas kami dijamu .. oleh En obedi obedi .. terima kasih.. enak cendol homemade ni.. sampai ke petang kami bercendol ... untuk mak yong yg tengah cuti ada kiriman melalui orang rumah beliau.. semua merasa

Sheduled entry :)

Sabtu, 13 Februari 2016

Pokok Selaseh.. port minum pagi

Bila disini..ke kawasan ni.. port minum pagi kami.. suasana kampung.. bau-bauan asli dari tinja ayam, itik dan angsa ha ha ha.. dan offcourse dari pelbagai tumbuhan... akan dikongsikan satu persatu koleksi tuan punya pokok.. berkongsi kawasan .. dua rumah dan port minum pagi.. ada nasi lemak , mihun, roti canai dan minuman panas dan sejuk.. kawan bonda akak.. sebelum datang booking dulu.. kalau tak putih mato... 8.30 pagi dah habis... perkongsian kali ini .. pokok selaseh.. baunya kuat.. pokok ni naik kembali selepas kering 2 bulan lepas kalau tak silap.. geram bonda akak dengan pokok ni.. sering minta untuk bau daunnya... sedap buat ulam macam daun kemangi tapi lebih kuat..kemangi macam lemon dan serai.
 Selaseh macam bau rempah ala2 bau minyak kayu putih.. itu pada rasa akak la.. 

Geram tengok kemeriahan daunnya.. lupa semai keratan yang akak minta hari tu.. moga-moga bonda akak sempat dan teringat untuk menyemainya

Khamis, 11 Februari 2016

Pokok kemangi bonda

Walaupun ditinggalkan daun-daunnya tetsp meriah. Ilmu dari En Iskandar.. buang semua bunga yang keluar agar tenaga dikeluarkan untuk daun... alihkan perhatian pokok kepada pengeluaran daun-daun.. kalau tak silap pokok cepat mati kalau berbunga cepat... kita nak daunnya buat ulam maka meriahkanlah daunnya.. sekarang ni batang pokok sudah tegap dan berkayu .. semoga bertahan lama dan tidak jadi juadah cik kam... hmm setakat ni masih bertahan..

Selasa, 9 Februari 2016

Keladi telur, cambahan anggur merah dan ros jepun

Penghuni container ni bila dapat baja, air dan haba sudah menunjukkan keserasian.. asalnya semai benih anggur, lama.. tak bercambah... bila rose jepun diserang koya putih... selamatkan yg masih hidup.. temankan biji benih anggur... dua minggu lepas beli keladi kononnya utk buat gulai.. dah lupa... bercambah dan mesra mereka dalam plastik... masyaaAllah senangnya berdaun... geng2 keladi ni dah selamat akak bawa balik ke kampung.. mudahan selamat dari cik biba.. yang ni saja akak tinggalkan buat peneman cambahan anggur.. macam pelindung juga.. panas terik... so far so good..

Cambahan pertama.. tak jangka dia mahu bercambah..



Cambahan kedua.. masih bersarung lagi.. besarlah harapan ia mahu menjadi pokok yang sihat..

Tiga teman 

Mudah

Happy Chinese New Year buat teman-teman yang merayakan Tahun Baru Cina.. 

Cerita lama..
Janji kenyang.. untuk breakfast atau 
minum petang... permintaan arwah En Boss dan anakanda HS.. makanan masa rajin dan malas nak keluar.. juga sebagai alas perut sebelum waktu lunch bila breakfast ala-ala ringan gitu.. akak memang cepat gigil kalau breakfast roti .. maka cepat-cepatlah bersiap utk masak lunch atau bersiap untuk jalan-jalan cari makan!! 



Cerita baru
Favourite quote ayahanda akak yang uzur itu.. yg berada didalam dunianya sendiri.. bila dia bersiap kami tanya nak ke mana? Jalan-jalan cari makan!!! Hmm... sayang ayah!! Masih kenal kami  namun tak ingat sudah nama kami.. 

PS: gembira penyanyi Akim dan Stacy selamat bersatu.. hari yang sama dengan anakanda Along yg tengah buat PHD.. mak long tumpang gembira.. tahniah.. juga buat angah yg bakal menjadi isteri pada 14 Feb nanti.. dengan doa semoga bahagia hingga ke jannah.. 
tahniah dan semoga  terusan tabah menjaga ayahanda korang yang uzur tidak berdaya itu ..korang sekeluarga telah menjaga abah korang dengan baik dan penuh tanggungjawab.. maaf ya kami sedih semasa hari bahagia along.. dah lama tak ziarah abah korang.. kondisi abah yang semakin kurus dan hanya terlantar buat kami sebak.. semasa arwah Pak Long masih ada rajin juga kami menziarahi dia.. tahun2 akhir arwah dia dah tak berdaya .. pelbagai halangan dan ujian .. 

tahniah juga buat anakanda Ayu yang bertunang Sabtu lalu.. auntie Mar  doakan semoga bahagia sehingga ke jannah..

PS: kami dah sampai KL selepas maghrib semalam .. bagi mengelakkan jalan jam hari ni.. pulang dengan sedikit sebak... entahlah apa sebabnya.. tertanya-tanya salah sendiri atau !!... semoga bonda tabah... bonda berusaha membekalkan lauk-pauk buat kami.. buat kopi... Along tak minta semua tu mak!! Namun.. bonda akak ni sangat gigih menjalani hidup .. semoga bonda tabah menjaga ayahanda dan semoga sipolan2 itu sedar .. 

Ahad, 7 Februari 2016

Pokok lada dipersada langit pagi

Bersama si pokok cili.. Mengabadikan langit pagi bersama pokok cili.. sambil mempotretkan sunrise buat hari itu.. aksi akak klik klik diperhati bonda dengan rasa hairan.. apalah kerja anak aku ni mempotret pokok cili ..  

Pokok dah tinggi dari akak... hari tu tuai cili yg dah kemerahan.. kali ini dikurniakan lagi dan lagi dan lagi buah cili.. 
Bikin hati riang.. inshaaaAllah minggu ini kita ketemu lagi... cuti panjang.. cuti Chinese New Year

PS: Banyak lagi foto cili ni.. nanti-nanti akak up lagi.. geram.. dia dah tinggi dari kita..

Khamis, 4 Februari 2016

Sun rise di situ..

Sunrise dengan watak utama.. si pokok kristal..