Bila disini..ke kawasan ni.. port minum pagi kami.. suasana kampung.. bau-bauan asli dari tinja ayam, itik dan angsa ha ha ha.. dan offcourse dari pelbagai tumbuhan... akan dikongsikan satu persatu koleksi tuan punya pokok.. berkongsi kawasan .. dua rumah dan port minum pagi.. ada nasi lemak , mihun, roti canai dan minuman panas dan sejuk.. kawan bonda akak.. sebelum datang booking dulu.. kalau tak putih mato... 8.30 pagi dah habis... perkongsian kali ini .. pokok selaseh.. baunya kuat.. pokok ni naik kembali selepas kering 2 bulan lepas kalau tak silap.. geram bonda akak dengan pokok ni.. sering minta untuk bau daunnya... sedap buat ulam macam daun kemangi tapi lebih kuat..kemangi macam lemon dan serai.
Selaseh macam bau rempah ala2 bau minyak kayu putih.. itu pada rasa akak la..
Geram tengok kemeriahan daunnya.. lupa semai keratan yang akak minta hari tu.. moga-moga bonda akak sempat dan teringat untuk menyemainya
Yang ni jenis Thai Basilkan Kak.
BalasPadamKak baru kutip bunga kering Thai basil & kemangi kat rumah, nak ambil biji dia bubuh dalam sirap...
BalasPadamsubur bangat selasih thai bonda akak tu....kami tnm tp tk penah idup...
BalasPadamtahniah k mar istiqomah berblog...