Setelah sekian lama baru berjumpa semula asam batu aka begonia spesis ni... tanpa lengah-lengah akak sambar pokok ni .. lambat buat keputusan disambar oleh orang lain pula nanti..
Beli di nurseri baru di pasar tani di sini .. akaklah yang paling gembira.. dah lama tak de nurseri bergerak.. minggu sebelum ada pokok spider.. cantik juraiannya2.. tiada pula dibawa minggu ni.. dah ada pengganti hi hi ... kali ni begonia dah membeli jiwa.. mata sudah tak pandang lain lagi.. tak peduli walau hanya seketika bersama.. sebelum ni akak ada beli dengan kakak dipasar tani 2 - 3 tahun lepas.. bunga merah menyala.. tak pandai jaga.. sekejap aje dah kiok.. kali ni pun akak rasa macam tu juga.
Tak pe la.. asalkan dapat membelek bunganya.. adik tu beri petua.. spray daun je.. pokok ni tak suka air.. kalau kering sangat baru siram pangkal pokok.. baja dua minggu sekali.. baja organik.. sekarang ni daun dah mula mengering .. cam ne tu?? Tak lama lagi tak bernyawa la pokok ni..
Setakat hari ni kudupnya tak kembang- kembang ha ha.. dah agak dah.. fail.. daun pun dah mula kering.. masa ni daunnya sangatlah gebu dan sihat bersinar2..
Assalamualaikum....
BalasPadamSaya pun minat juga Bunda...tapi minat tengok bunga sahaja...kalau tanam memang tak menjadi...mesti lepas tu tak berbunga dah...heheheh
Cantik seperti bunga rose....
BalasPadamCantik betul bunga nie! Macam bunga ros!
BalasPadamcantik..kelopak mcm bunga rose. berapa lama boleh tahan bunganya..
BalasPadamCantiknya bunga
BalasPadam