Ahad, 10 April 2016

Buah Kari kecut

Pokok kari pesanan dari Diana KBB masih utuh di rumah kayangan ni... alhamdulillah.. rasanya dua tahun pokok ni pegun tanpa pertambahan pucuk daun serta ketinggian.. as long dia tak kering akak biarkan aje.. sempat siram.. bila tak sempat dan terlebih hari kadang-kadang mcm moyok je pokoknya... siram ceria dia semula.. Tahun lepas rajin pula membaja.. rasanya baja kopi.. ahah dia mula berbuah.. masa baru2 berputik malas pula nak snap.. datang angin rajin sampai buah kecut pun akak snap.. wangi buahnya.. daunnya yang diblend dan simpan dlm fridge minum sejuk2 sangat menyegarkan..  cuaca yang hangat ketika ini akak ingatkan dia akan kantoi seperti pokok2 lain.. alhamdulillah masih tegap...

Buahnya dah mula kecut..

Bila dipicit macam menyelerakan je.. macam jeruk.. nanti cerita mengenai anak pokoknya yang baru akak perasan hidup seminggu dua ni..


PS: Sudah hari ketiga ayahanda akak tidak boleh berjalan.. sedih tengok keadaannya.. sentiasa akak menangis dlm hati bila kenangkan keadannya.. kadang2 meleleh juga air mata.. setelah terjatuh dua minggu lalu ok keadaannya.. masih boleh berjalan seperti biasa.. kali ni ... jadi penghuni katil.. dengan cuaca panas ketika ini suasana semakin menyesak dada.. suaranya sudah kedalam.. tiada erangan kesakitan kecuali bila diangkat untuk didudukkan terkeluar juga suara kesakitan tu... tangan kanan lemah.. apa kan daya bonda tak izinkan bawa hospital.. semoga ayahanda dapat penjagaan yang baik dari kami semua.. semalam anakanda sulong dukung dia dari bilik air kerana semakin lemah badannya untuk dipapah... sebelumnya dah tak boleh jalan dia cuba juga untuk bangun untuk ke bilik air.. dipapah oleh cucu2 yang berbadan gedang2.. kadang2 susuk tubuh yang besar dan gempal ada tujuan diberikanNya.. masa ni lah mereka ni di perlukan.. begitu juga pada adik M.. besar jasa anda pada kami.. semoga dirahmati Allah sentiasa.. kalau akak ni tak de kederat nak angkat orang tua.. harap anak2 dan anak buah je esp anakanda Shiman.. semoga urusan ayahanda di takuk umur senja ni sentiasa dipermudahkanNya...

3:08 am

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak...semoga segala urusan akan berkaitan ayahnya terutamanya dipermudahkan....semoga anak2 dan anak2 buah akak sentiasa mendengar kata...menjadi anak yang baik/soleh

    BalasPadam
  2. pokok kari berbuah ye.. rumah sy pun ada pokok kari..x pernh lagi berbuah.. daunnya pun jrg sy guna..sb memang kurng masak kari..
    nanti boleh jaga baik2..mana tau beruah jgk..
    buah nya tak bau kari kan?

    BalasPadam
  3. Fida. Terima kasih.. ayahanda akak menghembuskan nafas terakhir pagi semalam..

    BalasPadam
  4. Petak Bunga.. bila dah matang akan berbunga dan berbuah..

    BalasPadam
  5. Salam Kak,

    Daun kari blend and minum??? Biar betul hahahaha..

    Semoga ayah akak cepat pulih dan kembali sihat seperti sediakala. Amin.

    BalasPadam
  6. Assalam kak mar,
    KepadaNYA semua kita akan kembali. Didoakan moga roh arwah ayahanda k mar dihimpun bersama para solihin. Aamiin.

    BalasPadam
  7. Salam Takziah dari kami sekeluarga.

    Semoga berada di golongan orang-orang yang beriman.

    Al-Fatihah.

    BalasPadam