Nak meraikan ulangtahun kelahiran anakanda sulung yang ke dot dot dot..
Google tempat makan untuk kawasan Selangor..
Jumpa..
Petang yang hujan buat keputusan..
Semua ok dengan Chilli Crab..
Selepas solat maghrib berpandukan waze kami 4 beranak meredah hujan malam.. Kota Damansara masih belum usai pembinaan jalan..
Semua teruja... terutamanya HS dapat makan maggi ketam tomyam.. ketam nipah lagi.. dengan sepit yang besar dan berisi tebal.. hi hi semua berangan ala-ala Law of The Jungle dpt makan ketam nipah.. anakanda sulung pilih ketam cili special sos.. anakanda Siraj pilih sotong goreng telur masin..
ada yg teringatkan ketam kelapa yang besar dlm Law of The jungle tu .. akak yang sebelumnya dah seram sejuk melawan demam yang bermula hari sebelumnya terus hilang rasa demam... penangan ketam nipah..
Cuma ni je yg sempat di snap sebab jari jemari kami semua berlemuih dengan sos ketam..
favourite HS.. akan kunjungi tempat ni lagi..
Tukang Kebun kan tak pass masak sendiri maggi ketam :).
BalasPadamNak mencuba lagi bila ada supply ketam murah.