Selasa, 26 Julai 2016

Bekalan tak cukup

Tuannya cuti lama.. cuti rayalah ingatkan bekalan air mencukupi.. kalau inilah rupanya.. faham-faham je la.. mother in law's tounge yang dah lama bermastautin bersama dalam bekas ni  turut menerima akibatnya.. udah le asik kena geget dgn cik siti.. banyak kecederaan pada daunnya.. sebelum ni ada kawannya di pasu luar.. terdedah aje.. sampai satu ketika pasu dah boleng.. dah tau dah.. dilarikan dek cik siti gamaknya.. macam nak nangis pun ada.. dibela dari baby.. bila dah matang sedikit dilarikan pula.. 

Hasil gugelan.. dapat dah nama  pokok ni...

Keladi tapak kuda / keladi Ikea / Keladi duit / Keladi kuda

Penyejuk mata dan hati saat kebingungan ketika bersendirian dalam bilik... otak tepu tak holeh buat report.. jangan adik-adik kat luar bilik nampak akak berborak dengan pokok ni sudahla.. yang faham tu terima kasih kerana melemparkan senyuman.. akak faham yang korang faham akak macam mana hi hi

Ambil masa sehari juga untuk dia tegap macam ni..

Dikeluarkan dari bekas kaca . Kononnya nak selamatkan lagi.. dah cedera pula lagi tiada bekalan air hampir seminggu .. berjiran dengan keladi tapak kuda yang kuat sedut air.. mangsa keadaan.. sekarang ni makin mengerekot... tak pa ada lagi serumpun kecil baby dalam bekas kaca tu... biar la menyorok dalam tu.. menyorok dari cik siti yang rakus..




4 ulasan:

  1. Tak sangka pula Cik CT suka pokok lidah mertua.

    BalasPadam
  2. Beautiful photos !!
    Greetings

    BalasPadam
  3. Cik Siti ni...itu pun nak dikunyahnyer...banyak benda lain lagi..

    BalasPadam
  4. salam singgah kali pertama. saya memang mencari blog-blog garden lovers.. banyak blog referance saya boleh ambil dari blog ini. tq

    BalasPadam