Rabu, 31 Ogos 2016

Bunga ceria daun ceria.. kupu2 berkeliaran.. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan

Bulan Ogos ni banyak yang mekar dipersekitaran tempat kerja.. sekian lama daun jadi penghias kini sedikit demi sedikit bunga pink comelnya keluar. ID tidak diketahui.. bikin hati ceria melihatnya bagaikan meraikan dan memeriahkan bulan kemerdekaan tahun 2016 ini...






Timbul juga kupu2 giant ni.. disusuli dengan rama-rama putih bercsmpur jingga.. cantik.. tak sempat snap sebab ada urusan penting yang perlu dikejarkan...


Perkongsian foto dari group whatsapp keluarga yg rajin turun ke Dataran Merdeka pagi tadi..


Raptai 2 hari sebelum.. HS lewat sampai ke sekolah, akak lewat masuk kerja .. jalan utama ditutup pagi-pagi lagi.. meriah walaupun raptai..



PS: Topik group whatsapp Sek Menengah.. penglibatan kami .. ting 4 dan 5 bergabung dalam persembahan cota utk pagi dan malam ... dilatih oleh pasukan pdrm.. bulan puasa pun training..sakit ibujari tangan... kena urut... ada lagu iringin burung kakaktua.. penonton ikut nyanyi.. dapat elaun RM15 ha ha.. semua pakai baju dan trek bottom putih.. cota beriben rambu ramba... ada pula persembahan tatu.. dan 2 - 3 orang dipanggil untuk memeriahkan tatu lagak ngeri..



Selasa, 30 Ogos 2016

Musim

Kunjungan anakanda Śiraj ke rumah kawan di KK.. dapat bekalan rambutan dan durian.. murah rezeki pemberinya.. minggu lepas ke fl... berpokok2 rambutan sedang meranum.. dibelakang rumah sudah sekah sebahagian pokok.. merudum ke pokok2 berhampiran.. maka mengeringlah buah-buah yang belajar meranum.. tiada alat yg lebih canggih untuk menggait rambutan.. galah buluh pula dah musnah.. bagaimana minggu depan? Ada banyak lagi untuk diturunkan.. tuaian rambutan minggu ini sudah selamat dipanjangkan kepada jiran dan sahabat handai.. 

Rambut Hijau yang comel... kalau orang rambut hijau??? Err pernah terserempak di Sogo..

Selain rambutan dapat juga buah durian.. semalam kami dijamu dgn durian juga oleh mak chik yg memang menjual duriàn saban tahun.. alhamdulillah semoga bertambah rezeki makcik sekeluarga.. sebelum tu dapat pula lunch dengan sotong bakar yang lembut yang sangat yummy! Sedih jumpa makcik .. meleleh air mata dia mengingatkan allahyarham ayahanda kami yang dah perg

Hasil kerajinan anakanda Siraj.. untuk disejukkan..

PS : lepas ni tunggu manggis pula.. lepas upsr baru boleh balik fl... 

Sabtu, 27 Ogos 2016

Cempaka putih di Port minum pagi

Ingatkan pokok mangga.. daunnya cantik dan tegap macam pokok mangga... pokoknya juga tinggi dan besar...
 upps nampak sudah bunganya.. acik kedai tu kata pokok cempaka putih.. satu lagi ilmu.. 

Wiki memaklumkan baunya lembut..









Jumaat, 26 Ogos 2016

Nawaitu terhenti sebab cik sitikus

Tinggi betul semangat untuk mengubah anak-anak pokok lidah mertua kat ofis ni.. beli kat Daiso Quill City Mall.. 

Kerana ciksitikus mengganas.. bawa lari baby pokok lidah mak mertua yang comel tu merudum terus semangat ...




Bawa balik tanah semaian.. tunggu projek lain pula.. mungkin menyemai benih untuk suka-suka aje di pejabat ni..

Khamis, 25 Ogos 2016

Koleksi port minum pagi lagi..

Hari sudah terang benderang.. ditambah dengan warna garang yang disimbah cahaya pagi yang terik.. berkali -kali melalui pokok ni.. hari tu kalah juga.. standby phone .. lalu sebelah dan snap.. ha ha tak mungkin akak menghindari pokok bunga cantik ni..


Selasa, 23 Ogos 2016

Nyit kupu2

Apa ke halnya tajuk nyit kupu2 ni.. ha ha gara-gara upload foto sekali banyak hingga ada yang terlupa diberi tajuk dalam draf.. mengejar masa.. tu lah dia dapat tajuk nyit kupu2.. nama singkat agar tak lupa apa kandungan dalam draf.. untuk dipublish akak suka pulak dengan tajuk ini.. 

Masih bersekitar pada situasi awal tahun di fl.. pagi2 lawat kawasan .. dah jumpa.. ada pelawat lain di pokok kunyit bonda pagi2 tu.. kupu2 dipokok kunyit


Isnin, 22 Ogos 2016

Liar belang putih merah

Melawat kawasan pagi-pagi fl .. jumpa serangga ni.. dah lama tak berjumpa serangga belang putih merah ni.. mainan zaman kanak-kanak.. selalu dikumpul dalam kotak mancis seperti spider kecil tu.. budak-budak sekarang hado?




PS: teringat pula anakanda2 yg disekolahkan dikawasan kampung berjalan kaki balik ke asrama gara-gara tak mahu keluarkan duit.. jalan kaki dari stesen bas besar.. amat berjimat korang ya.. bertuah korang!!! .. buat mak kembung perut mengingatkan.. kononnya nak adventurous.. aduhai!! bila dah tiada arwah abah baru korang cerita ya!! Akhirnya mak positif je la .. anak-anak nak meredah belukar bermesra dengan alam sekitar.. duk KL banyak hutan batu.. tapi pada umur begitu bahaya wei.. alhamdulillah perjalanan korang dilindungi Allah swt.. hmm ada yg perasan korang dalam perjalanan tu..

Sabtu, 20 Ogos 2016

Berkampung

17 - 19 Ogos 2016.. berkampung disini bersama 3 agensi.. perasmian yang stressful kerana bersimpuk dengan lagi 2 event federal... banyak berlaku perubahan kehadiran saat akhir.. alhamdulillah semua dapat diatasi.. kenangan manis semasa sesi ice breaking yang diisi dengan pertandingan bowling.. kumpulan akak K4 jadi juara.. ahli kumpulan lelaki yg power.. pihak makcik tukang top up markah jo.. dapat ilmu balingan bowling.. macam tangan yang menari katanya.. ada ustaz yang selalu senyum beri ceramah.. ustaz yang hebat.. 
kenangan yang seriau.. akak hari2 rasa demam.. kebah pada hari akhir.. 
Terima kasih kepada teamwork para rakan semua.. insyaaaAllah tahun depan jumpa lagi... 

Ps: tiada tembakan sun rise dari t26 kerana jerubu saban hari.. dapat view klcc dan jln tar.. 

Khamis, 11 Ogos 2016

Menu berubah..

Hari tu ... Boring makan di luar.. apa nak makan malam ni? HS perlu ke tiusyen sebelum pukul 8 malam.. rasa nak buat nasi goreng je la.. nak rencah ikan bilis dah keputusan stok pula.. rencah dengan daging la.. dah timbul idea lain pula.. daging banyak takkan jadi rencah.. dikala itu bawang dan cili sedang ditumis.. hmm ..goreng daging dgn cili api dan kunyit je la.. daging pun beli jenis yg lembut.. bila ditutup dengan penutup kuali lagi cepatlah ia empuk.. 
Jadilah daging goreng cili api berkunyit.. akhir2 ni suka pula letak kunyit hidup dalam apa2 je masakan.. yg paling senang nasi goreng cili api dan kunyit..  sebab baru dapat tahu health property kunyit..

Wangi bila digoreng.. nampak macam buruk hi hi .. dah diminta masak juadah ni lagi oleh HS.. anakanda Siraj pula.. mak buat daging goreng kunyit?? Macam heran pulak dia mak buat dish yang selalu beli di kedai tom yam.. bila dah rasa hmm.. tau -tau je la..cuma tak de stok kacang panjang je..

Sayang pula dengan saki baki tumisan cili api daging dengan bawang dikuali apalagi tuanglah nasi dan kacau.. jadila nasi goreng kunyit.. jangan membazir!!

Ahad, 7 Ogos 2016

Oh mulberi ku ( Pokok 1)

Sekian lama ditinggalkan.. semenjak pemergian ayahanda... bahagia dia di sini.. gara-gara baja kopi tertumpah akibat mainan cik kera yg lapar yang asik melawat dan menyelongkar kawasan... tergolek-golek pasu plastik dan baja ... piring astro pun boleh jadi tempat mainan.. asik hilang channel korea one hd.. 

Pokok ni adalah hadiah dari Diana KBB..  Banyak keratan yang dikirimkannya.. yang ni je survive sehinggakan akak pesan sepoķok lagi.. sebelum tu dibesarkan di sini


Raya hari tu
Dah tinggi dari akak..


Sebelumnya...


Hari ini


Dah berputik..