Rangoon creeper katanya.. bukan pokok akak... pokok ada ditinggalkan di sinun.. cantik naiknya lupa nak snap,, janganla ditebas ya.. yang ni perkarangan ofis akak... pokok induk dah ditebang (pokoknya dah tinggi dan besar).. rasa sedih juga bila ditebang untuk laluan kepada projek si cilik... kuasa Allah .. tak mati lagi pokok ni.. bersepah-sepah anaknya naik.. seronok akak... tengahari lalu lagi... aaa dah kena cangkul.. rajin beno tukang kebun... suka kalau musim dia berbunga.. baunya selalu meneman akak yang lalu disisinya.. dua tiga hari lepas nampak lagi.. banyak dia naik... agaknya jaringan akarnya dah berleluasa mengisi tapak semaian ni...
Jumaat, 30 September 2016
Isnin, 26 September 2016
Oh Mulberiku (1) .. buah diatas kepala
Lentikkan dahan baru dapat buahnya... buah pertama yang akak tuai... tak sabar sebenarnya.. sebab saiznya panjang dari biasa... gusar kena berkongsi dengan sang burung .. terus je ngap hi hi... alamak masam lagi... rupa-rupanya ada lagi yang dah masak ranum... rezki bonda.. suka dia sebab manis.. tunggu pokok (2) pula.. masih belum menjulang tinggi pokoknya.. adik Teh kata selepas berbuah buang daunnya untuk menggalakkan pembuahan seterusnya... nanti cuba...
Yang ni sangat manis... rezeki bonda.. suka dia.. pertama kali merasa.. yang ni saiz bulat pula
Benih tak nampak
Bernas sungguh ... benih ni duduk dibawah span hijau atas singki.. cili api barangkali.. bila dihempap lesung merecik keluar ke arah yang tidak diketahui.. pabila rumah ditinggalkan... panas dan sejuk .. bercambahlah ia.. akak akhir-akhir ni makin malas menyemai sebarang benih..... kekangan tempat.. akhirnya anak pokok diabaikan..
Jumaat, 23 September 2016
Terserlah keorenannya
Keorenan? Silap tengok macam ejaan Korean je... Kejinggaan? Apa perkataan yang sesuai? Tu lah dia.. dari jauh dah nampak warnanya yang menyerlah diatas batang pokok rambutan yang ditebang... berat dan tiada siapa yg rajin mengapak utk buat kayu api... jadilah tempat persinggahan sicendawan warna cantik ni
Rabu, 21 September 2016
Isnin, 19 September 2016
Ahad, 18 September 2016
Pokok liar.. pokok apa ya?
Pokok ni diluar pagar.. jumpa semasa menggait rambutan juga.. udah buah rambutannya melesa hingga keluar pagar dan tiada pula yang lalu lalang berminat untuk merasa buah ni kecuali cik kera dan yang seangkatan dengannya geram juga akak.. moh la kita mengumpul buah diluar pagar.. luar pagar memang semak.. BIL yg rajin mengemas.. bila dah ada sarang tebuan.. semak ditinggalkan.. kut kut rajin cik moo bertandang dan meragut semak disitu.. yang cik moo ni rajin masuk dalam pagar dan gigit2 pokok tanaman kita... tau aje dema lorong tikus untuk menyusup masuk.. orang sebelah tak mau pasang pagar..habislah.. depan rumah jadi kandang berteduh, jadi hospital cik kambing beranak dan jadi tandas .. tempat lepak2 kami tu.. baring2 dan golek2 tetap ada baunya.. tu dah dua tiga kali sabun tetap ada bau tinja depa ni..
Bila dilihat daun yang didalam pagar happy rasanya.. ingatkan dapat pokok terung asam free.. semaian burung2.. kat luar pagar pun ada.. bila dibelek belek buah lain pula yang keluar.. comel warnanya dan saiznya.. kecil dari saiz tomato kenit.. pokoknya berduri.. kelihatan kesan daun dilunyah oleh cik moo dan kesan kunyahan serangga..
Sabtu, 17 September 2016
Geng sama minat - penemuan sewaktu bertugas
Keluar bertugas buat pemerhatian.. terjumpa semaian pokok2 ni.. rumah tuan punya semaian disebelah (barangkali) .. yg dlm foto berada diluar premis agensi kerajaan.. harap tuan punya tidak marah akak snap .. nawaitu sebagai simpanan untuk janaan memori suatu ketika nanti.. memang macam magnet tarikan untuk menikmati dan membelek koleksi2 ini
Sedang stress bekerja...rasa sangat keboringan mencari maklumat yang tiada kepastiannya.. ishh ...
teruja dengan hasil tanaman sipemunya segera turun dari kenderaan untuk melayan mata..
habuan kelegaan .. walaupun sekadar tumbuhan
Hasil layanan..
RJ yang menggamit hati untuk mendekat
Jumaat, 16 September 2016
Allamanda nan sekuntum
Tak perasan didahan mana keluarnya allamanda ni.. tau tau dah gugur dibawah pokok limau purut.. dah tengahari eidul adha baru jumpa.. tunggu yang ke masjid tolong berkorban ... 8 ekor kali ni lambat sudahnya.. lepas solat sunat akak balik rumah dulu untuk urusan rambutan lagi.. berhenti seketika sebab tiada penolong.. semua orang kuat dah ada di masjid.. kebetulan terjumpa sarung cik alifwaulamro yang macam plastik kering di bawah pokok rambutan adik teh kata stop la dulu.. padahal zink dan papan yang ada kat situ dah berapa kali kena pijak..
Perolehan dari Mak Tom kalau tak silap..
Besar bunga ni..
PS:
- sebelum balik beraya pagi sabtu ke ceragem dulu
- Sebelum balik seremban ziarah pusara allahyarham en Boss brunch di Bangi - anakanda ku bising kedai mahal.. ha ha
- Melawat kawasan laman diSeremban.. lapang diracun barangkali
- Selepas asar ke pusara dan balik ke fl.. plus jam...ikut jalan dalam (rasa tak sabar nak gait buah rambutan sebab dah janji dgn sil di putrajaya.. lambat sampai sebab beri laluan anakanda berehat sebab malamnya tidur lewat kerana badminton).. akhirnya tinggal semangat..
- Anakanda Ika jatuh bilik air.. aduhai luka jarinya.. dalam juga.. belas sunģguh melihatnya.. anakanda aqmal kata ika mc..
- dpt pula buah lagi dari orang sebelah.. tak kenal.. either langsat or dokong yg ditanam oleh arwah pak sedara... rasa macam dokong..
- Solat sunat Eidul Adha.. parking dah penuh..adui.. adindaku tercicir kain telekong di saf belakang..
- Kunjungan oleh sahabat anakanda yang bermotor.. luka pula jari anakanda ku kena buluh lemang.. meniti-nitik darah.. dia pun ada rasa pening..
- Sebelum maghrib kami bergerak ke putrajaya. Jam.. kena ikut lekas via tol pd..
- Pukul 10 malam balik kl..
- Pagi esoknya lemau kat ofis.. lain kali kena ambil cuti sebab cafe cuti dua hari
- Ambil cuti utk Rabu dan Khamis untuk terapi di Ceragem.. Rabu utk free mode Khamis untuk bertangas.. duduk atas three ball.. nine ball tidak digunakan..
- Minggu depan boleh join Sabtu shj.. kena kumpul cuti dan kalau nak beli dan mudah guna hari2 kena la kumpul duit.. hu hu..
Sesudah tahlil pagi eidul adha
Ahad, 11 September 2016
Khamis, 8 September 2016
Pink liar
Kawasan subur disekeliling fl ni banyaklah tumbuhan liar.. kali ni didalam pagar pula.. cantik pula warnanya..
Nama tidak diketahui..
Zoom mode
Keseluruhan pokok.. comelnya
Pernah ada dalam entri sebelum ni.. yang ini lokasi dibawah pokok jering disudut hadapan rumah.. entri sebelum pokok ni tumbuh dibawah pokok limau purut.. dibelakang nun disana didalam kawasan yang gelap dan suram.
Susah untuk dihampiri ada satu pokok yang sudah tinggi .. bunga berwarna pink berselang dengan warna striking pink .. cantik sangat.. tunģgu kawasan dibersihkan baru boleh datang dekat... pokok2 besar perlu di hard pruning dulu..
PS: ternampak di fl2 ada pokok jambu air dengan bunga striking pink.. jambu bol kut.. nanti akak akan pergi dekat lagi jika diizinkan .. insyaaAllah..
ETS dari KL ke Ipoh
Untuk simpanan sendiri..
Selalunya naik ETS dari Ipoh ke KL .. kali ni dari KL.. untuk meneman adik Teh berubat dengan senseh di Batu Gajah kerana tulang dada retak gara-gara menahan kereta yang bergerak sendiri kerana level parking yang mencerun.. haish.. kononnya badan dia kuat untuk tahan kereta tu. Nasib bukan hentaman yang kuat.. dah namanya kereta pasti objek yang besar dan keras.. mesti ada impak pada badan.. udalah orangnya ada asma..
Dugaan betul.. begitulah hakikatnya tinggal di rumah ala burung merpati ni satu rumah 2 hingga 3 kereta.. parking lot pula terhad.. kena la double parking dan free kan apa yang patut..
Lama betul simpan foto ni.. nak clearkan storage note.. antara yang sempat akak potretkan.. yang pasti HS gemar berselfie guna B612.. untuk stop aktiviti dia akak kena pegang note dan fokus pada pemandangan di luar..
ikut juga.. jaga mak teh ya
sabar menanti stesen terakhir