Ahad, 18 September 2016

Pokok liar.. pokok apa ya?

Pokok ni diluar pagar.. jumpa semasa menggait rambutan juga.. udah buah rambutannya melesa hingga keluar pagar dan tiada pula yang lalu lalang berminat untuk merasa buah ni kecuali cik kera dan yang seangkatan dengannya geram juga akak.. moh la kita mengumpul buah diluar pagar.. luar pagar memang semak.. BIL yg rajin mengemas.. bila dah ada sarang tebuan.. semak ditinggalkan.. kut kut rajin cik moo bertandang dan meragut semak disitu.. yang cik moo ni rajin masuk dalam pagar dan gigit2 pokok tanaman kita... tau aje dema lorong tikus untuk menyusup masuk.. orang sebelah tak mau pasang pagar..habislah.. depan rumah jadi kandang berteduh, jadi hospital cik kambing beranak dan jadi tandas .. tempat lepak2 kami tu.. baring2 dan golek2 tetap ada baunya.. tu dah  dua tiga kali sabun tetap ada bau tinja depa ni.. 

Bila dilihat daun yang didalam pagar happy rasanya.. ingatkan dapat pokok terung asam free.. semaian burung2.. kat luar pagar pun ada.. bila dibelek belek buah lain pula yang keluar.. comel warnanya dan saiznya.. kecil dari saiz tomato kenit.. pokoknya berduri.. kelihatan kesan daun dilunyah oleh cik moo dan kesan kunyahan serangga..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan