Hari ni tekak menolak nasi.. untuk dinner alhamdulillah Burger Byte buka... sekali sekala .. kebetulan masih ada promosi.. makan rasa seronok hi hi.. kalau dah back to normal price nanti lagi jarang - jarang nak mengorder spageti ni.. buat la sendiri..
anakanda sulung pula berada di kawasan sekitar .. calling calling ada respon.. berwestern la malam ni..
Aglio olio patti daging yang besar dan tebal.. puas hati
Aglio olio patti ayam.. pandai2 aje anakanda ku order patti ayam.. sedap juga
Spageti bolognese pilihan anakanda Siraj
PS: hari ketiga HS UPSR.. semoga ada peningkatan keputusannya nanti.. esok subjek sains untuk hari terakhir.. nak gelak juga tengok tabiat dia.. tak gabra langsung nak menghadapi exam.. mak nya pula yang kembung perut hi hi.. petang-petang happy je dia turun bawah main badminton.. hari ni makin ramai korumnya..
akak akur umurnya masih tahap belum serius nak exam.. dah hantar tiusyen, seminar dan sekolah buat motivasi.. berdoa aje lah agar dia beroleh kejayaan.. akak bercuti berderet 4 hari.. meninggalkan perjuagan di pejabat.. hold dulu semua sasaran kerana cuti kali ni dah plan lama.. untuk bantu HS exam.. selepas hantar sekolah balik rumah buat solat hajat setiap hari untuk mempermudahkan budak sorang ni exam.. semoga harapan akak Allah makbulkan..
anak bongsu.. kurang seriusnya.. abang2 garang pun belum lagi nampak seriusnya dia..
Skema betul akak ni.. ingatkan kalu mengandung semasa akak studi buat degree akan dapat anak yang studiyes.. ulat buku gitu.. hi hi lain betul dari jangkaan.. kalau arwah MIL ada mesti dia cakap .. anak orang tua ha ha.. umur mencecah 38 tahun melahirkan HS.. tabik pada rakan2 sekuliah yang berulang hari2 dari JB ke KL kerana menuntut ilmu menghabiskan degree untuk memenuhi syarat bagi melaksanakan perniagaan firma perakaunan.. ada yang lebih dari sekali mengandung kalau tak silap.. hi hi berderet mak buyung dalam kelas tu.. duduk dengan korang berjangkit kat akak pulak ya..
Hai..berair je daging tu...sedapnya Mar
BalasPadamKak Mala.. hi hi memang sedap kak.. tak boleh selalu nanti muak ..
PadamNampak sedap2 semuanya.
BalasPadam