Jumaat, 28 Oktober 2016

MELAWAT MAK TOM

Lama tak jumpa Mak Tom.. banyak koleksi untuk jualan masa tu.. semestinya ada yang akak pekena sepasu... kali ni yang akak snap untuk perolehan akan datang.. hi hi kalau sempat jumpa Mak Tom lagi..

Sekian lama mencari.. dapat pokok ni.. nama dah lupa.. keluarga spider lily ..  batangnya merah.. ni bunga merah kata Mak Tom.. kalau di Langkawi pokoknya berbatang putih.. crinum asiarum namanya.. harap-harap merahla bunga pokok  ni dan wangi... 

buat masa ni pokok  ni masih menginap di rumah kayangan akak.. entah bila boleh dihantar ke fl... cuaca tak menentu sekarang ni.. dan ancaman peragut tegar.. cik moo dan cik mbek.. Mak Tom release pokok ni kepada akak sebab si pemesan masih tak dapat dihubungi... akak pula memang nak sangat pokok ni.. pujuk2 Mak Tom.. bawa lain kali untuk uncle tu... sebab akak khuatir tak lapang untuk melawat Mak Tom lagi....  sebabnya hari Sabtu jadual kami adalah ke Ceragem je..

Harganya boleh tahan juga.. 

Pokok tom yam katanya.. ketumbar jawa. sebelum ni dapat dari mak tom.. free gift je..


Pokok berbunga.. helper Mak Tom tak ikut sekali .. tiadala tukang maklumkan nama pokok


Makin susut ingatan.. lupa pokok cekur jenia apa?

3 ulasan:

  1. Macam-macam pokok ada. Saya tak kenal sangat pokok yang pelik-pelik nama dia.

    BalasPadam
  2. Kalau kakak pun tak tahu nama pokok-pokok ni.
    Cuma suka tanam dan menikmati hasilnya aje.

    Bunga kuning & purple tu cantiklah kak:)

    BalasPadam