Jauh perjalanan kami sebelum sampai ke fl... Kali ni balik ke fl dalam hujan pejo.. selepas ceragem merentas jam menuju ke selatan... makluman waze sepanjang jalan menuju selatan bewarna orange.. sampai tol semua meluru cari toilet.. hujan punya pasal.. tangki jadi cepat penuh.. sebenarnya menunggu adik Teh sampai baru bergerak ke kedai makan favourite.. harap-harap gulai ayam kampung masih menanti.. sampai aje hujan lebat.. hujan rahmat lagi.. dah tunggu untuk gerak sama bonda akak pula suruh adik Teh lalu simpang pukul 9.. kami lalu simpang pukul 12.. tak pe lah sampai waktu yang sama.. lepas makan misi mencari tilam dan washing machine bermula.. dah 3 kali balik tiada aktiviti basuh baju.. bonda dah tertunggu-tunggu washing machine.. tilam pun ya juga.. beli katil baru untuk bonda sebab dah tak boleh join kami tidur melampar atas lantai.. dah ada katil tiada tilam pula.. kedai semuanya di luar kawasan.. di Tmp tiada di KA tiada .. di LC tiada.. maka meredah lah kami di bandar MT meneruskan misi.. bonda tinggallah rumah.. lelah dia lama-lama dalam kereta.. sebelum maghrib semua urusan beres.. puas hati bonda akak..
tak sempat melawat kawasan sesampai kami difl.. aktviti diteruskan keesokannya.. malam tidur dengan nyaman sebab dapat aircond asli.. semua orang ketawakan akak tidur berselimut sebab selalunya akak menolak selimut..hujan sekejap-sekejap memang menyamankan malam.. sebelum ni hujan sekali je petang.. sekali malam.. tanah nampak tak jejas dek hujan.. pokok-pokok tetap layu.. kali ni semua segar - bugar.. kali ni musim pokok limau disekeliling rumah pula berbunga,,
limau kasturi.. sebelum ni segan je nak hidup walaupun sedang berbuah kini berbunga dikeseluruhan ranting.. hati akak pun berbunga-bunga tengok pokok limau ni berbunga.. ingatkan buah yang di tuai kecut mecut.. alhamdulillah segar-bugar semuanya... cukup untuk bekalan cuci ikan selama seminggu..
Banyakkan bunganya?
macam taburan putik bunga melor.. dan wangi
Tuaian yang dah matang.. ingatkan tak menjadi.. ok pulak nampaknya.. dapat save 2 -3 rm
limau ni sepanjang tahun berbunga.. tak pe kita kasi can dia entafram sebab bunganya unik dan cantik.. bunga si limau purut
tak pasti yang ni putik buah atau putik bunga
bunga limau pagar
gugusan bunga limau pagar.. putik buah dah muncul
ps: musim hujan dah mula.. lepas ni banyak posting mengenai pokok2 yang survive dan masih ada
masih ada yang jadi mangsa pemesin rumput
Inilah untungnya bila berbakti kepada tanah. Dapat hasil.
BalasPadamPuas dpt buat yg terbaik buat bonda tersayang
BalasPadamAda doa yg tak kita nampak sebenarnya darinya - alhamdulillah
Bunga kalau dah dipotretkan walau bunga limau pun cantik kan:)
sedapnya limau kasturi tu..
BalasPadamBaru berangan nak beli anak pokok limau kasturi tanam kat rumah..
Tgk entry ni, lagi tak sabar nak cari anak pokok :)