Salam tahun baru 2017.. masih dirumah allahyarhamah bonda tercinta .. silih berganti dengan adik beradik yang lain tidur di sini... hari ini semua cucu ke sekolah turun dari rumah allahyarhamah wan.. HS tingkatan 1, Mhzriq tingkatan 2, Iman Darjah 6 dan baby darjah 5. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. kali ini tanpa doa dari uwan lagi.. setiap orang yang keluar rumah selalunya diiringi doa dari allahyarhamah.. semalam akak demam.. mungkin stress kerana paksa diri utk siapkan kerja2 khas.. mungkin juga rindu dengan allahyarhamah.. pagi petang siang malam kami mendoakanmu wahai bonda tercinta..
Disini juga akak terjumpa dengan sicomel ni .. dengan kasih sayang induknya berumahtangga dalam peti surat yang ter biar... dilahirkan didalam tu atau diangkut selepas dilahirkan wallahuaalam.. semenjak allahyarhamah tiada ada juga penghibur hati.. pagi tadi ada lagi seekor induk mengiau2 ditangga.. lapar barangkali.. alamak.. tiada bekalan makanan dalam simpanan lagipun tengah berebut waktu untuk kepejabat.. rupa2nya induk itu meninggalkan bayinya untuk dapatkan makanan.. sorry dear kak long tak dapat beri apa2.. nanti akak top up stok ya.. balik petang tadi lupa pula nak menjengok anak2 angkat ni.. harap-harap mereka survive...
anak2 angkat adik di Ipoh satu demi satu mati.. masih amatur dalam pembelaan kucing..
Sejuk mata memandang.
Since dah dalam post box senang aje Kak Long merakam kamu..
Aksi yang paling comel dan pandangannya yang samgat sayu.. malangnya blurr ..bulu coklat keorenan bermata biru..
#bila dah tak boleh tidur.. catatan ke 2
.. menanti anakanda sulong tiba
Terharu...
BalasPadamPaparan kasih sayang antara ibu dan anak
Antara manusia dgn binatang
Pendatang yang membawa rezeki.
BalasPadamKasih ibu tiada tandingan.
BalasPadam