Penggunaan kata 'melempeng' oleh Allahyarham ayahanda dan Allahyarham bonda selain merujuk kepada makanan sedap ni adalah:
- Melempeng minyak rambut kau Mirul - minyak rambut yang berlebihan... hi hi anak-anak kan suka berlebih-lebihan mengguna produk untuk meranggi dan bergaya
- Melempeng kau Kak Lang sebab tak cukup makan.. Adik yang makan nasi guna tiga jari je sebab tak selera nak makan akibatnya keletihan dan badan semakin kurus..
Kali ni melempeng kelapa di tempat favourite kami... tempat bertemu semula dengan kawan2 sekampung, sekolah dan surau zaman dolu-dolu..
Semalam punya breakfast di pasar kampung pekan kami.. mesti tak miss... pesan nak garing... harga @ rm1 sekeping.. mabeless kata adik kedua.. seterusnya aktiviti kami menziarahi pusara ayahanda dan bonda.. hmm sudah 14 hari kami ditinggalkan... seterusnya aktiviti mencari track bottom untuk HS.. nak serupa macam senior katanya untuk kelas tae kwon do..
Sesekali melempeng memang sedap.
BalasPadamBalik kampung baru2 ni..breakfast lempeng pisang & nyok kat pasar..mmm...ramainya orang sampai rasa tak tenteram lah pula. Makan pun tak ada nikmat!
BalasPadamlempeng kelapa..lempeng pisang memang kesukaan acik
BalasPadam