Jawapan kepada komen Kak Mala..
betul kak..memang sedap.. mana tempat yang ada jual lempeng kami serbu he he.. tapi tak serupa dengan bikinan almarhum Bonda..
Buah ni jadi hiasan kek.. akak dan PB suka.. akak collect dari kek dan sama-sama makan dengan PB.. tidaklah banyak tetapi cukup untuk hilangkan rasa rindu.. mesti peserta seminar yang lain pelik hi hi.. kalau datang seminar sini lagi kena beringat untuk cari lagi sebab tahun lepas PB yang jumpa..
PB cerita masa kecil-kecil dahulu buah ni banyak tumbuh di tepi jalan.. selalu dikutip dan dimakan on the way pergi mengaji.. tempat tu dah dibangunkan katanya.. tinggal kenangan.. kenangan baru makan dengan staf la pula ya.. kutip dari kek ... tanda buah ni dah masak ialah kulit yang macam daun tu kering kata dia lagi... yang ni manis.. imported kut.. yang akak beli di Cameron Highland dulu ada sedikit rasa pahit ..
PS: 7 - 8 Mei.. Berulang alik KL Melaka..
Hari last tak lunch ditpt seminar gara2 nak cari kuih keria viral tu.. dah habis kena tunggu .. malas nak tunggu maka pek yang tinggal kami berempat berkongsi.. makan panas2 .. sedap sebab lapar kerana breakfast tak berapa menarik.. tak sempat berfoto sebab nak ke Klebang Original Coconut Shake pula.. nak tapau nasi lemak bungkusan comel yang sedap tu.. selamat untuk makan malam nanti.. otw balik lalu Bukit Katil untuk lunch di Asam Pedas Hjh Rahmah.. asam pedas dah habis.. tinggal kuah... kuah pun sodap.. PM belanja..
#kami dah jumpa
macam buah letup-letup kelambu.
BalasPadam