Selasa, 18 Julai 2017

Beraya lagi

Jumaat malam Sabtu lepas dengan paksaan agar anak-anak bujang drive utk akak dan keluarga biras
untuk beraya di sini..

Makan malam:
Sambal tumis petai
Gulai tenggiri dengan pegaga
Kangkong ikan bilis.. rojak..

Ha ha dah lama tak ziarah ke sini .. hambik korang semua.. air tangan moksu yang lazat2.. tiada foto makanan untuk di up disini.. hanya ingatan didada dan minda bahawa best datang raya sini..

Pemandangan malam yang indah..

Malam minggu pula kunjungan balas ke rumah biras.. ha ha .. lagi menu makan malam.. pegaga masak putih dgn keledek oren.. favourite akak.. sambal telur pecah.. ayam goreng kfc dan laksa... adoi.. lari diet...

Ahad akak masak gulai labu lagi ... manisnya labu.. alhamdulillah dah tak angin makan labu... juga elok untuk batuk2..

1st time masak labu.. sebelum ni labu tak pernah jengah dapur akak.. 

3 ulasan: