Ahad, 8 Oktober 2017

Labu Jepun Cameron

Harga boleh tahan mahal.. rasa kureng dari labu kampung... atau sebab simpan lama rasanya jadi kurang wallahualam.. beli minggu pertama September.. minggu pertama Oktober baru nak jadi lauk.. minggu yang diantara minggu2 ni masak labu di fl.. satu famili dah suka labu... adik yang tengah pun selalu masak labu juga... bila dia ada akak tumpang makan jee..

Entah berapa kali dah masak juadah labu... tiap2 minggu .. lepas ni mungkin akan berkurang aktiviti memasak.. 

dah hujung tahun.. sasaran untuk berpindah pula.. banyak yang nak kena kemas.. termasuk nak angkut pasu dan tanah .. almaklumla duduk di rumah kayangan ..  akak jadi tuan tanah yang berplastik-plastik tu... dan anak2 pokok lagi.. kena angkut  yang lain dulu.. pokok2 kemudian..

Mengancam betul warna..

Keras yang amat nak membelahnya.. biji yang besar dan keras menyukarkan kerja membelah walaupun saiz buah ni cinonet..


Dua biji labu.. penuh takat tiga suku periuk.. HS pun dah mula suka labu..


Harga dua biji

Tengok ukuranya tu..

Komen kepada blog yang dilawati kerana akak dah tak boleh masukkan komen kawan2 dan tak reti nak rectify benda2 ni..

1. Blog Kebun Bahagia Bersama.. Rajin Diana berjalan bawa anak2.. seronok dapat island hopping di kampung halaman.. semasa akak ke KK dulu dapat tengok kampun air dari hotel aja..

2. Blog Green Eyes Kak Mala.. bila hujan melimpah ruah timbul masalah juga.. semoga semuanya terkawal... cantik cosmos tiga bersaudara tu

2 ulasan: