Rabu, 28 Februari 2018

Bekalan lepas demam

Lepas aje keluar hospital akibat demam denggi, anak sulung terus bagi ceramah suruh akak untuk diet.. layankan aje.. sedap makan lauk aje.. tapi tu la .. kadang-kadang lewat keluar ke ofis untuk siapkan bekalan-bekalan..


Pokok Mangga Keding

Keding tapi dah berbuah.. ternampak di tempat nostalgia itu.. sape nampak kertas pembalut buah tu? Pasti pemilik sayang sangat .. rasanya kini dah dituai.. semoga berbuah lagi..

28 Feb atau 1 Mac dan Nonamanis

Sanah Helwah HS.. semalam atau hari ini? Lahir tahun lompat tahun ni tiada 29 hb Februari..
 semoga terusan menjadi anak solehah dan semoga terusan berada dalam rahmat Allah swt.. 

Mak adik nak Nononis kata HS.. adoi.. kucen tu regenya rm 2 ribu ++.. banyak boleh buat dengan rm sebanyak tu.. 

Nonamanis ... kucing parsi betina yang duk menumpang sekejap kat sini.. duduk seminggu untuk berkawan dengan kucing2 jantan yang ramai kat sini.. Cici, Caca dan Abam.. lately Brad ..

Puas mengajar si budak kecil kazen HS sorang tu tu sebut nama kucen ni.. apaknya bawa kucen parsi ni dari kawannya untuk tujuan menambah zuriat kucen ni... sempatlah kami semua bermesra dengannya... penakut alahai.. asik duk bawah kerusi.. nak di pegang lari.. bulus memang gebus tapi kasar berbanding dengan Cici, Caca dan Abam the cat... 

Anak BIL panggil Nononis.. penat ajar sebut Nonamanis.. dia sebut Nononis... ramai beri gelaran berlainan kepada Nonamanis the cat ni.. senarai nama yang sempat akak dengar:

Mak Jemah (BIL)
Nononis (Ayish)
Selena Gomez( HS)
Nonaling (IH)


HS .. mak muka dia mcm muka orang!!

Jumaat, 23 Februari 2018

Kumquat

Ada 5 biji yang lekat buahnya... dah agak.. time CNY dia akan matang dan masak.. sebiji dah terlanggar dan terus lerai.. akak apa lagi.. cuci dan terus masuk mulut.. buah ni manis .. makan dengan kulitnya sekali.. bila dibelek - belek ada bunga lagi dan putik buah dah terbentuk... alhamdulillah.. kalau nak makan banyak kena order lagi pokok ni dengan Joyce..

Nanti kena rujuk entry sebelum untuk kenalpasti tempoh buah ini matang..



Khamis, 22 Februari 2018

Anak saudara lagi

Dapat wasap dari mummy.. Tina dan Cici yang dah pergi "holiday"dah beranak lagi.. berderai anaknya.. adik beradik Oyem, Bobob dan kecik..
Dah lapan anak Tina dan Cici..

Selasa, 20 Februari 2018

Happy Pet Day

Happy Pet Day to semua kucen2 BIL dan mummy..
Luna dan Cici = Caca, Abam, Hazel , Lulu dam Goldie aka Gedik
Gedi +?? = 2 kitten comel.. belum ada nama
Lulu+ Brad the cat= Koci, Ginger ..3 lagi ekor belum bernama
Tina + Cici = Oyem, Bobob, Techi.. dah besar komuniti kucen di sini..


Caca




Goldie aka Gedi..






Ahad, 4 Februari 2018

Caca masa hari merdeka 2017

sekarang ni dah jadi apak.. foto ni Caca masih bujang trang tang-tang.. 
Bulu dada masih kureng atau tak cukup vitamin? Padahal dia yang kuat makan .. masih berkejar-kejaran dengan Abam the cat.. tak kira waktu.. kul 4 pagi pun boleh lompat sana lompat sini.. betul la Caca dan Abam jadi alarm clock akak..








Sabtu, 3 Februari 2018

Mulberi berbuah lagi

Lupa watermark maka tak ingat bila kejadian ni



pokok penumpang dah mula memanjat.. dua minggu lepas kami hard pruned lagi pokok ni.. 

Kita dibawah dia


cerita usang.. harap tak basi lagi,,
Kejadian selepas singgah di sekolah rendah HS.. Serangga ni terhinggap di cermin kereta.. semua foto ni adalah pandangan dari bawah serangga.. dah dua kilometer perjalanan masih dia di situ.. terpaksa akak turun dan halau sementara masih berada dikawasan yang berpokok..




Jumaat, 2 Februari 2018

Nenas Manis

Peminat nenas pasti memuji rasa nenas ni.. manis ! Penjual ni kadang-kadang je berniaga.. bergantung kepada stok buah.. harga rasa mahal.. bila dah rasa jus dan buah rasa berbaloi bayar mahal.. jus rm5.. sedap... buah potong sebekas RM10 masam manis yang sedap.. sebab akak memang peminat nenas.. ada minta dari penjual jambul nenas ni.. masih hidup lagi dalam plastik ha ha.. tidak sempat disemai.. akak ingat sibujang sulung akak dah campak dalam tong sampah.. selamat lagi !! 
Penjual pun tak berkira nak beri jambul nenas tu.. siap warning.. buah yang akak akan dapat tak sama tau dengan buah ni.. ya akak faham.. oleh kerana gemar menyemai anak pokok akak tak kisah akan kualiti buah.. pokok yang disemai dapat hidup dah ok bagi akak.. disamping dapat oksigen kan!