Jumaat, 2 Februari 2018

Nenas Manis

Peminat nenas pasti memuji rasa nenas ni.. manis ! Penjual ni kadang-kadang je berniaga.. bergantung kepada stok buah.. harga rasa mahal.. bila dah rasa jus dan buah rasa berbaloi bayar mahal.. jus rm5.. sedap... buah potong sebekas RM10 masam manis yang sedap.. sebab akak memang peminat nenas.. ada minta dari penjual jambul nenas ni.. masih hidup lagi dalam plastik ha ha.. tidak sempat disemai.. akak ingat sibujang sulung akak dah campak dalam tong sampah.. selamat lagi !! 
Penjual pun tak berkira nak beri jambul nenas tu.. siap warning.. buah yang akak akan dapat tak sama tau dengan buah ni.. ya akak faham.. oleh kerana gemar menyemai anak pokok akak tak kisah akan kualiti buah.. pokok yang disemai dapat hidup dah ok bagi akak.. disamping dapat oksigen kan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan