Balik ke sini dan bermalam sebelum ke JB...
Ronda-ronda sekeliling rumah..
Lily pemberian Kak Mala berbunga lagi tanpa tuan... dah terkeluar dari pasu mungkin diragut para lembu yang bolos ke kawasan rumah..
Pokok ubi krinting telah habis .. dicungkil sehabis2nya .. mungkin kerja si vavi.. tiada kesan langsung... tiada rezeki nak buat rebus pucuk ubi...
Ulam raja semaian BIL Mail dah matang dan berbunga.. sempat jengah dari jauh sebab kawasan dah semak semula..
Buah mulberi di sana sini.. sebab semak sedekah aje kat burung -burung yang berminat..
Si susun kelapa multi petal dah rajin berbunga.. sempat juga kami bertemu...
Si jeliti yang comel lote juga dah mula berbunga walaupun ditinggalkan lama dan mengharapkan siraman hujan sahaja.
Sempat meraikan birthday anakanda Haiqal yang ke 25.. Sanah Helwah dear nephew...
musin mulberry kan SS, belakang rumah ana pun sedang berbuah lebat dua tiga kali dah di kordial kan.. :)
BalasPadam