Khamis, 5 April 2018

Ulam pucuk cekur

Masa ni tiba-tiba teringin belek pokok cekur yang amat subur hidupnya. Asal pokok dari benih yang bercambah dalam plastik .. dah beli lupa nak simpan peti ais.. maka berakar-akar lah si ubi cekur... kesempatan diambil .. semai dan cuaca yang panas dan dapat matahari secara terus maka makin gemuk dan berbunga-bunga pokok cekur nan sepasu ni. Akak masih tak de ati nak snap pokok cekur ni. Bila daun dah penuh pasu barulah teringat nak belek2 dan ada pucuk cekur menjengah dunia bagai disuruh akak tuai. Alhamdulillah dapat juga menghalau angin gastrik yang sedang berjinak-jinak nak menjadi kronik. Sedap dijadikan ulam. Kalau nak ulam banyak perlu ada dua tiga pasu lagi. Kalau rajin!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan