Khamis, 19 September 2019

Miang Kham lagi


Kawan ofis yang rajin buat.. Tak puas makan yang beli.. Dapat sikit je katanya.. Hasil tangan dia.. Hasil google dan tanya-tanya yang pandai buat kuah / sos.. Akak pulak tumpang order dengan dia.. Lepas ni lama lagi la nak merasa.. Kawan akak tu bersalin pada hari Malaysia baru2 ni.. 

Sehelai demi sehelai masuk mulut.. 
Sedap..  Tak sedar habis sudah daun tu


Ps.. Lama sangat nk update ni

Ahad, 15 September 2019

Durian Belanda

Asal disemai di sini.. Di rumah kayangan.. Semasa baby semaian bercampur dengan benih betik.. Semasa pemindahan anak betik entah kenapa pokok ini tidak disemai disana.. Baru ingat.. Keadaannya amat fragile.. Bawala sini semula.. Ingatkan anak pokok betik juga.. Bila membesar magik.. Jadi pokok lain.. Hi hi.. Alhamdulillah bertahan.. Tu la dia pokok di rumah kayangan ni.. 


Tahun 2018

Tahun 2019.. 

Terus gagah mencecah rumah kayangan diatas.. Bersaing untuk dapatkan cahaya matahari.. 

Yang masih ada:

Pokok Kari dari Diana KBB
Anak lemon (dlm cawan mee segera) 
Anak lili merah menyala dari Kak Bik.. 
Rain lily dari Lynn
Crossandra dari Diana KBB
Bayam brazil dari BBS
Cekur
Pokok sambung nyawa
Limau kumkuat



Banyak juga.. Jenuh nak angkut ni kalau nak pindah rumah.. 


Abaikan celarunya susunan.. Tiada rak yang proper.. Gara2 untuk capaian cahaya matahari.. 

Suka pokok2 ni minum air kulit bawang peram.. 









Simanja Chik

Warga Balakong.. Juga telah RIP.. Sedih.. Satu demi satu anak Cicithecat RIP.. 


PS: Khamis lepas abang sepupu akak telah dipanggil PenciptaNya.. Selang 6 bulan selepas Bondanya.. Semoga Almarhum ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman..