Ahad, 15 September 2019

Durian Belanda

Asal disemai di sini.. Di rumah kayangan.. Semasa baby semaian bercampur dengan benih betik.. Semasa pemindahan anak betik entah kenapa pokok ini tidak disemai disana.. Baru ingat.. Keadaannya amat fragile.. Bawala sini semula.. Ingatkan anak pokok betik juga.. Bila membesar magik.. Jadi pokok lain.. Hi hi.. Alhamdulillah bertahan.. Tu la dia pokok di rumah kayangan ni.. 


Tahun 2018

Tahun 2019.. 

Terus gagah mencecah rumah kayangan diatas.. Bersaing untuk dapatkan cahaya matahari.. 

Yang masih ada:

Pokok Kari dari Diana KBB
Anak lemon (dlm cawan mee segera) 
Anak lili merah menyala dari Kak Bik.. 
Rain lily dari Lynn
Crossandra dari Diana KBB
Bayam brazil dari BBS
Cekur
Pokok sambung nyawa
Limau kumkuat



Banyak juga.. Jenuh nak angkut ni kalau nak pindah rumah.. 


Abaikan celarunya susunan.. Tiada rak yang proper.. Gara2 untuk capaian cahaya matahari.. 

Suka pokok2 ni minum air kulit bawang peram.. 









2 ulasan:

  1. Mudah2an terus subur dan cepat mengeluarkan hasil

    BalasPadam
  2. mudah-mudahan berbuah nanti hendaknya.. lama tak singgah ke sini :)

    BalasPadam