Rabu, 16 Disember 2020

Pandan Gula Melaka

Lama dah teringin.. semenjak PKP lagi.. asik tengok Youtube cara membuatnya.. 
Akur je la .. bukan senang cari bahan .. tak kuasa order online.. sebenarnya bukan pandai pun buat kek.. pandai buat kek sempoi jek..

Masa ni ada dalam dua minggu craving PGM ni.. Hi hi Allah makbulkan dengan pemberian adik Teh yang lama tak jumpa semenjak PKPB ..  Rezeki kan.. Alhamdulillah.. In fact semalam pula dapat nasi arab melayu sos harimau menangis.. Nawaitu untuk adik Ipoh akhirnya Hakak Long yang merasa. Alhamdulillah.. Lepas tu kena pula dgn McD-Sweet Chilli Fish..Alhamdulillah

PGM versi tiada kelapa Hawaii


 PS.. 
  1. terikut pula siri Penthouse..
  2. 3rd day retreat in the office
  3. Sambal bilis kentang yang tak cukup buat anakanda sulong
  4. Satay konflik diri
  5. Belum full swing katanya 
  6. Kata-kata itu.. saya tak bercita-cita menjawat jawatan yang lebih tinggi (adoila adik lelaki di opis ni)
  7. Ayam perap Shida
  8. Terong bakar terong sambal
  9. Segar pula mata ini
  10. Minggu lepas terjah kedai Jana
  11. Minggu lepas terjah kedai Muslimah Saloon
  12. Kalendar Kuda dari Adrian
  13. DiaRi dah mendarat..

Salam dan selamat berblog pada para blogger. Semoga Hakak istiqamah.

Ahad, 6 Disember 2020

Rezeki pagi Sabtu

Rezeki kami ada penjual tepi jalan menjual cendawan ni, Awal pagi sebelum bersarapan pagi nampak penjual ni menjual pelbagai sayur kampung. Pucuk paku, ubi kayu, ubi kemili aka ubi itik, petai dan lain-lain makanan Kelantan, Penjual meredah ke Kelantan untuk dapatkan stok cendawan kukur ni. Apalagi kami pun order untuk RM30. Boleh dibahagi kepada dua juadah. Sudah selamat dimasak gulai cili api dan masak tumis aka goreng dengan ikan bilis.

 Gulai cili api vs tumis.. HS dan adik pilih tumis /goreng,

Alhamdulillah minggu depan boleh balik kampung. Yeay.. mesti kawasan rumah naik semak menggila-gila. Menjadikah pokok labu disana? Menjadi ke tidak rambutan kali ni? Hari tu buah kristal dah babai. Buah durian belanda yang berputik- putik dah jadi rezeki siapa agaknya? Harap-harap buah mangga mahathir menjadi tahun pada 2021. Agak-agak pokok durian yang diberi baja hari tu menjadi ke tidak?
Mesti pokok mulberi dari Diana KBB dah menjulang-julang tingginya dan dahannya mencecah atap rumah. 
 
Tahun 2020 yang dilalui penuh dengan pelbagai peristiwa. Kerja ofis yang melambak-lambak.. satu demi satu diberi meskipun dilanda pandemik. Alhamdulillah sudah sampai bulan terakhir tahun 2020. Selesai 90%. Berbaki tak sampai sebulan untuk hal-hal lain dan perancangan untuk tahun 2021. Satu kenangan juga berinteraksi dengan adik-adik pembantu secara maya selepas pukul 12 malam membawa ke pagi. Akak wasap dia , dia wasap akak, akak emel dia , dia emel akak ..sampai semua betul dan siap membawa kepukul 4-5 pagi. Gara-gara untuk capai KPI meskipun WFH.

 Syukur masih diberi nyawa oleh Nya. Dapatlah perjuangan diteruskan untuk anak-anak yang juga terkapai-kapai untuk survive di hari muka. Bagaimana HS menghadapi SPM tahun 2021 ni agaknya ya?