Rezeki kami ada penjual tepi jalan menjual cendawan ni, Awal pagi sebelum bersarapan pagi nampak penjual ni menjual pelbagai sayur kampung. Pucuk paku, ubi kayu, ubi kemili aka ubi itik, petai dan lain-lain makanan Kelantan, Penjual meredah ke Kelantan untuk dapatkan stok cendawan kukur ni. Apalagi kami pun order untuk RM30. Boleh dibahagi kepada dua juadah. Sudah selamat dimasak gulai cili api dan masak tumis aka goreng dengan ikan bilis.
Gulai cili api vs tumis.. HS dan adik pilih tumis /goreng,
Alhamdulillah minggu depan boleh balik kampung. Yeay.. mesti kawasan rumah naik semak menggila-gila. Menjadikah pokok labu disana? Menjadi ke tidak rambutan kali ni? Hari tu buah kristal dah babai. Buah durian belanda yang berputik- putik dah jadi rezeki siapa agaknya? Harap-harap buah mangga mahathir menjadi tahun pada 2021. Agak-agak pokok durian yang diberi baja hari tu menjadi ke tidak?
Mesti pokok mulberi dari Diana KBB dah menjulang-julang tingginya dan dahannya mencecah atap rumah.
Tahun 2020 yang dilalui penuh dengan pelbagai peristiwa. Kerja ofis yang melambak-lambak.. satu demi satu diberi meskipun dilanda pandemik. Alhamdulillah sudah sampai bulan terakhir tahun 2020. Selesai 90%. Berbaki tak sampai sebulan untuk hal-hal lain dan perancangan untuk tahun 2021. Satu kenangan juga berinteraksi dengan adik-adik pembantu secara maya selepas pukul 12 malam membawa ke pagi. Akak wasap dia , dia wasap akak, akak emel dia , dia emel akak ..sampai semua betul dan siap membawa kepukul 4-5 pagi. Gara-gara untuk capai KPI meskipun WFH.
Syukur masih diberi nyawa oleh Nya. Dapatlah perjuangan diteruskan untuk anak-anak yang juga terkapai-kapai untuk survive di hari muka. Bagaimana HS menghadapi SPM tahun 2021 ni agaknya ya?
kulat sisir, lama sungguh dah tak jumpa ni kalau dulu keliling rumah arwah tok ada pokok getah tumbang selalu kutip kulit sisir ni mak akan masak lemak dengan isi kerang, Allahu sedapnya SS :)
BalasPadamWah lama tak makan cendawan ni dengan hidangan masak lemak cili api.
BalasPadamTerus rasa terliur bayangkan dia.
Gembira dengar yang pokok mulberry tu sihat betul di rumah kak yang di sana.
Walaupun WFH macam lagi banyak kerja kan kak.
Moga KPI tercapai sudah.
Wak panggil cendawan kukur
BalasPadamDah jarang2 jumpa sekarang.