Rabu, 16 Disember 2020

Pandan Gula Melaka

Lama dah teringin.. semenjak PKP lagi.. asik tengok Youtube cara membuatnya.. 
Akur je la .. bukan senang cari bahan .. tak kuasa order online.. sebenarnya bukan pandai pun buat kek.. pandai buat kek sempoi jek..

Masa ni ada dalam dua minggu craving PGM ni.. Hi hi Allah makbulkan dengan pemberian adik Teh yang lama tak jumpa semenjak PKPB ..  Rezeki kan.. Alhamdulillah.. In fact semalam pula dapat nasi arab melayu sos harimau menangis.. Nawaitu untuk adik Ipoh akhirnya Hakak Long yang merasa. Alhamdulillah.. Lepas tu kena pula dgn McD-Sweet Chilli Fish..Alhamdulillah

PGM versi tiada kelapa Hawaii


 PS.. 
  1. terikut pula siri Penthouse..
  2. 3rd day retreat in the office
  3. Sambal bilis kentang yang tak cukup buat anakanda sulong
  4. Satay konflik diri
  5. Belum full swing katanya 
  6. Kata-kata itu.. saya tak bercita-cita menjawat jawatan yang lebih tinggi (adoila adik lelaki di opis ni)
  7. Ayam perap Shida
  8. Terong bakar terong sambal
  9. Segar pula mata ini
  10. Minggu lepas terjah kedai Jana
  11. Minggu lepas terjah kedai Muslimah Saloon
  12. Kalendar Kuda dari Adrian
  13. DiaRi dah mendarat..

Salam dan selamat berblog pada para blogger. Semoga Hakak istiqamah.

Ahad, 6 Disember 2020

Rezeki pagi Sabtu

Rezeki kami ada penjual tepi jalan menjual cendawan ni, Awal pagi sebelum bersarapan pagi nampak penjual ni menjual pelbagai sayur kampung. Pucuk paku, ubi kayu, ubi kemili aka ubi itik, petai dan lain-lain makanan Kelantan, Penjual meredah ke Kelantan untuk dapatkan stok cendawan kukur ni. Apalagi kami pun order untuk RM30. Boleh dibahagi kepada dua juadah. Sudah selamat dimasak gulai cili api dan masak tumis aka goreng dengan ikan bilis.

 Gulai cili api vs tumis.. HS dan adik pilih tumis /goreng,

Alhamdulillah minggu depan boleh balik kampung. Yeay.. mesti kawasan rumah naik semak menggila-gila. Menjadikah pokok labu disana? Menjadi ke tidak rambutan kali ni? Hari tu buah kristal dah babai. Buah durian belanda yang berputik- putik dah jadi rezeki siapa agaknya? Harap-harap buah mangga mahathir menjadi tahun pada 2021. Agak-agak pokok durian yang diberi baja hari tu menjadi ke tidak?
Mesti pokok mulberi dari Diana KBB dah menjulang-julang tingginya dan dahannya mencecah atap rumah. 
 
Tahun 2020 yang dilalui penuh dengan pelbagai peristiwa. Kerja ofis yang melambak-lambak.. satu demi satu diberi meskipun dilanda pandemik. Alhamdulillah sudah sampai bulan terakhir tahun 2020. Selesai 90%. Berbaki tak sampai sebulan untuk hal-hal lain dan perancangan untuk tahun 2021. Satu kenangan juga berinteraksi dengan adik-adik pembantu secara maya selepas pukul 12 malam membawa ke pagi. Akak wasap dia , dia wasap akak, akak emel dia , dia emel akak ..sampai semua betul dan siap membawa kepukul 4-5 pagi. Gara-gara untuk capai KPI meskipun WFH.

 Syukur masih diberi nyawa oleh Nya. Dapatlah perjuangan diteruskan untuk anak-anak yang juga terkapai-kapai untuk survive di hari muka. Bagaimana HS menghadapi SPM tahun 2021 ni agaknya ya?




 

Sabtu, 28 November 2020

Musim hujan bermula

 Untuk kesekian kalinya musim hujan bermula, Tiba masanya untuk bunga lili hujan muncul, Tak berkesempatan untuk melihatnya berkembang di siang hari, Sebagai rekod setakat rupanya yang hampir kuncup. Kali ini warna yang keluar adalah warna pink purple agak gelap.Alhamdulillah masih mahu berbunga, Bunga kenangan tahun 1993 di kuarters jalan Cochrane, 







Isnin, 31 Ogos 2020

Makan malam yang lewat



 Assalam dan selamat sejahtera. Setelah sekian lama.. PKP hinggalah PKPB. Hari-hari mesti masak sebab keesokannya kena kerja. Siapa aje yang berniaga makan diwaktu-waktu begitu di sekitar pejabat? Usahakan juga bawa bekal ke pejabat. Maka hari-hari dapur berasap. Mudah untuk insan-insan yang duduk dirumah untuk mengisi perut bila sampai waktunya. Ikan pun kena order online. 

Gulai tenggiri masak cincai dan cepat sebab guna santan kotak aje. Lewat masak lewat la makan malam, Bekalan makanan merangkap sarapan pagi esoknya. 



Khamis, 16 April 2020

Amalan kakakku dan kompilasi screenshot berkaitan minuman sihat

Lama dah akak sepupu akak up status wasap berkaitan dengan amalan bersahur beliau. Agar tidak hilang dari ingatan akibat hilang ingatan atau apa-apa tindakan yang seangkatan dengannya akak up sini ya untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa yang nak cuba silakan.. akak dah lama tinggalkan susu tepung ni.. cuba dengan susu HL pun ok kut.. sekarang ni dah ada susu kurma di pasarankan..
Tidak lupa kredit kepada ahkak sepupu akak..

dah lupa dapat darimana resipi ni semua.. kredit kepada pemilik resipi dan foto2 ini.. sharing is caring








Selasa, 14 April 2020

Kobis Pejabat

Sama tingkat ofis ada ruang boleh berkebun.. Tetiba akak termelawat ke sini.. selalunya akak  lalu dan lihat dari jauh..duk dalam ofis sejuk yang amat masa tu.. Tengahari Jumaat.. rasa-rasa tiada orang di persekitaran.. maka bolehla senang hati snap foto semaian ahli kelab menanam ..  banyak betul tanamannya.. akak up foto kobis dulu la ya..

Persoalannya .. Adakah ruang ini masih diselenggara oleh yang berkenaan semasa PKP ni?





Berjalan juga

Projek tukar pagar baru.. Kata Adik pesanan almarhummah Bonda.. gunakan duit yang Almarhummah tinggalkan..

Antara pokok-pokok yang akak pindahkan ke sini yang terkesan akibat projek ni..  pokok mulberi yang dah besar dan tinggi juga di musnahkan sebab dekat sangat dengan pagar.. Yang tinggal hanya pokok kedondong.


Isnin, 13 April 2020

Tanaman di Pejabat

Dah hari keberapa PKP hari ni! dah tak tersusun fikiran bila memikirkannya. Walaupun PKP meeting online tetap ada. Minggu kedua on meeting.. bila kecoh APP ZOOM boleh di hack.. IT department syorkan unistall .. Akak dah uninstall dulu bila dah viral macam2 kejadian berlaku akibat penggunaan ZOOM. Beralih pula kepada whatsapp melalui vid call. Meetingla juga tapi dengan bilangan ahli yang kurang. bagi mencapai business continuity dimusim PKP. Line kadang-kadang ok. Tapi kan musim PKP ni line macam kura-kura betul. DIGI slow. YES yang selalu laju teramat pun dapat jangkitan kura-kura. Haish.. data free yg diberi tiap hari tak habis pun guna. Jadinya back to square one tak yah la bagi line free. Nak guna tapi macam kura-kura dan dapat guna sekadarnya.. gunanya pun tak sampai 500MB. Nak gi ofis risiko jangkitan adalah tinggi.. Duk rumahlah ya..

Apalah khabarnya pokok belaan dalam bilik akak tu.. Kering atau dah jadi makanan cik siti? Tadi yang pergi ofis siap snap keadaan ofis yang dirajai oleh cik siti. Banyak betul tinja nya dikawasan laluannya. Tak selamat juga kalau gi ofis.. Cleaner pasti tak datang kerja..


Yang ini pula tanaman dalam pejabat di suatu jabatan tu.. minta izin dgn staf nak snap foto tanaman.. akak bukan boleh tengok sang hijau yang berpasu-pasu ni.. ada lagi kat laluan luar..
mmm yang disitu bagaimana ya.. masih teguh seperti ini atau turut terkesan dek PKP.. harap-harap corner ni masih kekal..

Rabu, 8 April 2020

Forever flowering

Barisan bunga kertas ini sentiasa berbunga. Memang cantik jadi tempat selfie wefie.. Manis warnanya.. Lokasi setingkat dengan pejabat akak. Rindu nak gi ofis. Semoga Allah permudahkan semua urusan Malaysia bagi menangani virus corona ni. 
Stay safe stay at home.. 

Isnin, 6 April 2020

Hobi lama

Terima Kasih Shoppee.. pelbagai barangan ado..tak payah akak susah-susah cari kat kedai di Pekan Koboi SB.. yang ada jarum chrochet yang kecil-kecil aje.. Angan-angan tinggi nak recycle tudung spandex yang dah tercabut manik.. sayang nak buang .. akak nak recycle jadi bahan kait .. kecil jadi alas kaki.. besar boleh jadi alas tempat duduk aka hamparan.. wish me luck 

Sabtu, 14 Mac 2020

Kunyit

Beli rhizome kunyit untuk masak-masak.. 
Sibuk sangat dan masalah kesihatan dapur pun tak berasap2.. Rhizome kunyit akhirnya bertunas dalam plastik.. Teruskan menyemai.. Dapat juga buat ulam pucuknya. 

#coronavirus
#taklehgioversea
#masktakdestok


Sabtu, 29 Februari 2020

Tahun Lompat akhirnya..


Punyala 4 tahun sekali baru ada date yang istimewa ni.. Siap tuan punya badan ugut kawan2 jgn tak wish dia HB.. 🤭🤭

Sanah Helwah anakanda bongsu emak... Semoga terusan berada dalam rahmat Allah swt..  Semoga berjaya dunia dan akhirat. 

Pilihan kek yang emak order yang diterima tanpa dakwa dakwi.. Maknanya suka la tu.. Thanks to all my siblings yang sudi meraikan hari istimewa cotton on ni (gelaran dari akak Nani).. Dapat la mengubat rasa sakit terseliuh dan rasa ketiadaan Almarhum Abah di sisi.. 

Pilihan kegiatan yang sama dengan hakak masa sekolah menengah.. Masa tu nak beli uniform ni hakak sorok2 dari Almarhumah emak.. Takut dia marah.. Bila di ITM join 2 kali je sebab tak mo jumpa senior yang seorang itu.. 

Buat HS hakak sokong je.. 


Sabtu, 15 Februari 2020

Bunga putih manis

Semasa lawatan ke Kolam Renang KL dapat pula snap si putih manis ni.. jadi la dapat jadi 
tanda datang sini ..

Sabtu, 18 Januari 2020

Bayam Brazil

Senang hidup.. Tapi ancaman serangga putih makin down la tumbesaran dan kesegarannya.. Masih segar wp akak outstation lama.. Keratan dari rumah adik bongsu peninggalan Penyewa sebelumnya.. 
Semalam berstatus makin layu... Hmm harap2 awak terus bertahan.. 


Ps : posting #1 dlm tahun 2020.
Dik sibuk bekerja.. Masa berlalu begitu sahaja.. Sistem baru.. Semoga segala urusan dipermudahkan.. 

Ahad, 5 Januari 2020

Hadiah 😍😍

Tq Sis yang menghadiahkan akak sempena hari Ketuaan yang ke... Alhamdulillah..