Jumaat, 30 November 2012

Zinia dan Balung ayam

Comel-comel je saiz pokok bunga zinia akak ni, comel tu bahasa untuk saiz kecil. Nutrition terpaksa berkongsi dengan pokok-pokok kailan, basil dan pokok bunga matahari. Comel lagi pokok bunga balung ayam yang terkonteng-konteng tanpa teman tu. Gamaknya teman seangkatan dah jadi santapan angkatan bersenjata siput-siput yang saiz ciput tu..Cambahan pokok bunga balung ayam disini.. Meriah bukan cambahannya? Kalaulah semua survive.. terang benderang laman ni dengan warna-warna balung ayam.. 


ni jela rupa nya balung ayam ..close up tak berapa jelas.. tak marah.. sebab faham penanam tak pantau hari-hari , perjumpaan seminggu sekali, kalau rezeki baik dua hari sekali, atau 3 kali sehari.. keputusannya? Semai lagi la.. supaya hasil macam Balung Ayam Last Episode dalam Blog Nadia. Comel - comel tau.. yang ni comel bahasa untuk cantik pula..

Kudup Bunga Matahari Lagi

Ingatkan pokok ni dah jadi sejarah. Sejarah baru bermula kembali untuk kitaran selanjutnya.
Kudup kedua bertenaga untuk melihat dunia.


Bukan kedua sahaja malah yang ketiga.

Malah yang keempat.



Hasil kudup pertama yang mula mengering.

Tunggu sahaja yang mana satu benar-benar menghasilkan bunga. Apa-apa pun. Alhamdulillah kepada yang Maha Kuasa atas izinNya untuk menikmati bunga baru.

Khamis, 29 November 2012

Pokok Kari

Tak habis lagi mengenai koleksi pokok kepunyaan adik saya di Ipoh. Berkenan sungguh dengan pokok ini yang hidup subur didalam pasu. Katanya pokok diperolehi dari mertuanya dan disemai oleh suaminya. Al maklumla pokok ni wajib ada dirumahnya memandangkan masakan kari sering di masak oleh adik saya kerana sejak azali masakan kari adalah kegemaran mereka anak - beranak. 

Pokok apa ni?

Bunga ofis lagi. Dah lama tak post entry mengenai tumbuhan disekeliling ofis. Jalan-jalan nak makan tengahari nampak pokok ni.. macam di cat - cat je nampaknya. Cantik. Saya suka.

Warna disebaliknya purple ala-ala burgundy.


Sweet Basil dan Hairy Basil


 15.11.2012 - sweet basil

15.11.2012 - nak tengok ketinggian pokok had mana

Back View - Hairy Basil 
Hairy Basil dan Lemon Basil seolah-olah tiada bezanya. Lemon basil adalah benih dari KBB mana kala hairy basil adalah dari Tanam Sendiri. Cambahan sweet basil dan hairy basil di sini. Anak lemon basil disini.

Rabu, 28 November 2012

Perjalanan Hidup - coriander

29.9.2012
 29.9.2012
 29.9.2012
 29.9.2012
 29.9.2012





Mencari Rezeki Di Pagi Hari - Rahmat Pada Diri ini




2-3 minggu lepas setiap hujung minggu hujan asik turun. Rahmat Allah. Hari ni pagi-pagi lagi dah hujan. Pukul 9 lebih kurang hujan berhenti. Matahari mula keluar dari sebalik awan. Angin sepoi -sepoi bahasa menyapa diri. Terdengarlah bunyian yang dah lama tidak kedengaran. Oh.. disapa oleh teman lama. Merantau ke mana dia? Dia tahu teman ini kerinduan. Rindu melihat aksi dan rindu mendengar ciutannya yang keletah. Rindu juga dengan lompatan-lompatanya yang aktif mencari rezeki. Rahmat Allah pada temannya ini dapat menyaksikan aksi teman lama ini. Ok Ok insyaallah pokok bunga raya ini akan ditunda penebangannya oleh temanmu ini. 
Happy "ciuting" dear! Come and visit me again. 
Selepas penyinggahannya yang seketika, angin mula menghembus kuat sehingga menerbangkan jemuran. Namun nyaman terasa angin yang menyejukkan . Hujan sekali lagi di bumi Allah ini. 


Selasa, 27 November 2012

Bunga Ulam Raja saya..yang pertama

Dah lama suka warna bunga ni, daunnya pun sedap buat ulam. Warna pink pucat.
 Teruja sangat la ni pokok dah berbunga. Taken on 14 November 2012.
 Lepas ni ada lagi tau gambo bunga ni. Lepas ni tak payah susah-susah semai benih lagi ya. Beli ulam ni kat kantin, letak dalam bekas berair sementara nak balik, sampai rumah semai dalam pasu. Dah stabil pertumbuhannya semai dalam tanah. Yang tiada tanah..pasu pun ok.. bila dia tinggi ikat pada kayu ke, batang mop ke pagar ke.. he he.. pe pe je yang dirasakan sesuai.

Hijau Pengubat Kebosanan

Bagi mengubat kebosanan menunggu pengerusi mesyuarat tiba, makan lah buah ni dulu. Yang terpanggil untuk snap picture ni bukan sebab buah tembikai ni tapi daun pisang warna hijau he he..sejuk mata memandang menyejukkan hati yang terpaksa tinggalkan kerja yang melambak untuk wakilkan bos yang ada meeting lain..beginilah koje kita...gantikan orang, kerja hakiki dah tak hakiki.. nasih baik ada daun pisang yang segar warnanya ni, siap digunting dengan bentuk 6 segi. cantik pula dipotong segi enam tu.. 
bagi akak cantikla..kan yang tengah bengang ni..

Tak sampai lagi pengerusi ni..biasa akak tak makan sebelum meeting, lama sunggu menanti pakat ramai-ramai jamu selera dulu dan teruskan aktiviti snap gambor.. begitulah sibuk kita ni, sibuk tunggu..  pengerusi ada mesyuarat yg penting yang lebih utama dan drag lebih sejam..

akhir sekali kawan sebelah tamo oren ni.. akak juga yang menghabiskannya.. line slow...kalau tidak dah jauh merayau-rayau blog walking ..pun pengerusi belum datang... penting sungguh meeting tu ye..
jap lagi meeting lagi..ua ua


Isnin, 26 November 2012

Epal Pink Lady..

Bila dipotong epal pink lady  
inilah bijinya..dah bercambah dalam epal

epal dalam mangkuk dibawah yang baru
 sahaja dipotong pun mengandungi benih dah bercambah.. 
nanti kita tengok yang mana satu bertahan..

sepulangnya dari Ipoh/Teluk Intan/ Sg Besar
 akak dengan tak lengah lagi terus menyemai benih tersebut dan 
alhamdulillah dia telah melihat dunia..


inila dia cambahan pokok epal pink lady .. 
ada tiga cambahan, ada lagi 2 cambahan ..
 yang tu dia masih menyorok dalam pasu..
tamo kacau..
bila baca blog ni dah ada pun yang jual pokok epal di Malaysia

sedap epal ni..rangup dan manis








Confirm

Confirmed by Sean. Memang dah nak berbunga ni. Baru sempat 
snap pukul 5 pagi tadi he he.. hp tak cukup bateri.. kena recharge dulu.. warna? Kita tunggu la ya

Pink Lady

Sesuatu yang indah dari Pencipta. 
Warna yang diberi nama Pink. 
Nama warna digunakan oleh penanam/syarikat/pengeluar/distributor epal ini. 
Hampir 2 minggu menyimpan epal ini dalam peti ais. 
Saya beli epal di Store Centre Point seremban semasa Deepavali eve.
Ini buah pilihan saya. En.Din memilih pisang kaki.
Balik rumah semua tak sedap he he. Itulah rezeki kami. Tak pe ..kita simpan je dulu ya..
Cerita selanjutnya...nantilah dah nak masuk ofis ni..

Sabtu, 24 November 2012

Gladioliousku

Aku nampak bayangan mu!! Mungkinkah good news? Adakah kamu sedang pregnant?
24 November 2012 4:45 ptg


Semaian 23 November 2012

Pagi di KL hujan lebat..on and off.. semenjak pukul 4.30 pagi.. lepas ni nak buat apa ya? Kalau tidur lepas subuh alamat.. banyak hal terbengkalai. Sebelum balik Seremban nak ke jemputan perkahwinan anak sahabat. Nak kebun, kebun tak de, buat pasu suratkhbar lagi la.. malam tadi dah semai kacang cap tangan, ros (biar betul K Mar ni..testing, testing, jadi ke tidak he..), terung telunjuk (arahan En. Din), rosemary dan salad butterhead, zuchini, petola sarang, bunga telang. Benih dari Miruku's Garden, Kebun Bahagia Bersama dan Tanam Sendiri. Best kan ada ramai kawan yang membekalkan benih.


Jumaat, 23 November 2012

Ulam Raja saya

Setelah mendapat maklumat dari blog En. Adry bahawa ulam raja boleh disemai melalui pucuknya saya berkobar - kobar untuk mencuba menyemai. Pucuk diperolehi dari rumah makcik En. Din di Rawang. Bibiknya mengesyorkan benihnya, saya maklumkan juga kepadanya bahawa tumbuhan ini boleh disemai melalui pucuknya. Telah disemai pada di tiga lokasi. Yang saya cabut ini adalah dari pasu yang ditumpang sementara. Sungguh saya terpegun dengan ketebalan daun dan batangnya berkembang gara-gara hujan lebat hujung Oktober hingga kini.

4.11.2012

Dah dapat tempat baru

Pokok kedua di batas berhampiran lobak merah. Dah mengeluarkan kudup untuk berbunga.Selepas ni akan merata anak dia hidup jika benih dibiarkan. 


Koleksi bunga adik saya lagi - Egyptian Star

Selamat bertemu semula. Something wrong somewhere, memang tak faham pun, dugaan, blog hilang sementara dan pihak berkaitan iaitu Mr Goo telah menyelesaikan masalah ini. Credit to Google la ya atas penyambungan aktviti saya ini.

Ini koleksi bunga adik saya yang paling saya suka. Foto tak berapa clear. Jadilah asal ada dalam koleksi foto saya. Nama tetap tak diketahui.





p/s...Sean dah info nama bunga ni ialah Egptian Star

Khamis, 22 November 2012

Chinese celery

Lama sungguh pokok ni nak membesar seperti ini. Malah ada lagi benih yang mula bercambah. Di semai lama dah. Sebelum saya ke Sabah lagi. Jangan tak merasa.. saya dah tuai daun yang besar ni untuk buat ulam. Sehelai jek. Lupa la pulak benih dari siapa sebab ada order dari blog tanam sendiri dan Kebun Bahagia Bersama. 

Buat semua teman-teman yang memberi info mengenai ketidakcukupan kuota untuk album picasa.. terima kasih banya-banyak saya ucapkan. Ejamaria, Sean, Ummuaidan jasamu akan terus dikenang. Dah letakkan link dalam seksyen blogging untuk rujukan sendiri dan kawan-kawan. Kalau masih blurr hubungilah tuan punya blog yeaa... (nada alih suara drama Korea)

Entry ini dibuat setelah beberapa photo di 'delete'




Lepas ni tak de dah gambo dari SUKA SUKA -


Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage that you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

lepas ni tak de gambar baru..semua posting adalah gambar-gambar lama yang belum di'publish. Nak kena bayar pulak kat google.

Brindle Berry

Asam keping gelaran diberi kepada hirisan buah ini yang telah dikeringkan. Digunakan didalam masakan untuk rasa masamnya. Selain itu objektif penggunaan asam keping seperti yang diwariskan turun temurun adalah seolah-olah sebagai bahan pengawet iaitu untuk mengelakkan gulai lemak cili api daripada cepat basi.  Dikenali dengan nama Brindle Berry atau nama saintifiknya Garnicia Cambogia. Di Kerala, India - KUDAMPULI (garcinia cambogea) / (Malabar tamarind) juga biasa dirujuk sebagai "Fish Tamarind, Malabar Tamarind atau Kerala Tamarind. Lain-lain nama ialah  Gambooge, dan Gorikapuli. Lain-lain info mengenai khasiat buah untukdiet kita ialah kandungannya iaitu hidroxciiric asid serta sebagai tonik untuk jantungBuah ini diberi oleh seorang sahabat iaitu Puan Mahanin dua tahun dahulu. Buah diperolehi dari kampungnya di Beting Kuala Pilah. Foto ini disimpan untuk koleksi peribadi. 



Saya telah menghiris buah ini terlalu nipis menyebabkan ia melekat-lekat diantara satu sama lain. Akhirnya hirisan asam diabaikan dan tidak digunakan seperti yang dihasratkan.