Bahagia rasanya kalau bunga ni saya tanam dan hasil comel begini... bunga - bunga yang ditanam oleh pemilik Riverside Janda Baik...semasa beriadah dan "quality time" bersama anak-anak di sini ... tengah sakit kepala pun buat hati senyum... macam-macam bunga ada.. even vine yang ada di Cameron Highlands pun pengusaha tempat ni pun ada tanam... air sungai sejuk... menggigil-gigil HS mandi.. sebut sahaja JB ...tak nak pergila.. jeran sebab sejuk sangat.. Mak nya pula siap dapat treatmet migrain di Pondok Tepi Sungai ni... alhamdulillah anakanda yang sulong perihatin dan memang ada belajar mengenai urutan - urutan untuk legakan sakit kepala.. Allah selamatkan kamu mak doakan!!
Khamis, 31 Januari 2013
Rabu, 30 Januari 2013
Suka bunga ni tapi kacangnya tak suka
Setelah sekian lama ke Restoran yang jual mi kari yang menjadi favourite
En Din baru perasan ada bunga cantik di depan restoran ni...
2 minggu kemudian datang lagi ke sini dan sungguh tak percaya pokok
kacang kelo rupa-rupanya... memang tak suka makan kacang ni... biasa dimasak kari.. rasanya pelik sikit..
Isnin, 28 Januari 2013
Ahad, 27 Januari 2013
Detik itu......Awan lagi
Pagi yang indah semalam... alhamdulillah dapat tengok awan semula... sepanjang minggu keluar rumah gelap, balik rumah gelap...berkurung dalam pejabat.... setelah hujan petang Jumaat membawa ke malam pagi Sabtu telah tenang tanpa hujan..
Mentari bersinar lembut, menghirup udara nyaman di hutan batu ini dan dikelilingi udara sejuk pembawaan hujan semalam....
Awan juga beredar lembut di payungi langit biru nan biru dan tenang...
Memanglah K Mar ni suka layan awan dan langit biru...begitulah catatan perjalanan pada hari semalam menuju ke kancah perjuangan mengimbangi nombor yang masih senget demi tanggungjawab yang telah diserahkan dan demi membantu teman-teman untuk maju kehadapan demi sesuap nasi dan pelbagai demi yang lain-lain....
Ketika ini insan-insan lain bergembira kerana cuti "sandwich".. apply sehari dapat cuti 5 hari... sabar yo lah..
never mind..cool cool layan awan... inshaallah ada pulangan tersembuni untuk tanggungjawab ini..
langit dan awan masih tenang
putih itu suci
awan copot copot ..KL dah memulakan aktiviti menyambut perayaan
abaikan keserabutan di bawah... layan awan tu lagi best...
awan disana tampak tenang..dah diserikan dengan bendera menyambut perayaan hari Wilayah..
suka suka bangunan berlatarkan awan dan langit lembut
abaikan bangunan senget ni..yang senget tangan "penembak" nya
suka juga yang ini ..baru perasan bangunan tu dah hampir siap dengan rekaan yang unik..sape punya eh?
ilham untuk pelukis perspektif..
awan lembut itu masih menggamit hati ini...
ala ada satu pokok ni tak masuk baris.. kalau tidak cun perspektifnya..
menenangkan dan melembutkan hati ... alhamdulillah ..
Sabtu, 26 Januari 2013
Dinner daun pisang dan ikan bolos goreng
Hujan lebat semalam.. semua dah tak tau nak makan apa En. Din ajak ke sini.. mamak...haiyo 1st time den makan alas daun pisang tala macam ni. Selalunya makan nasi lemak bungkus daun pisang... umangai godang amek daun eh.. ye la ada tujuannya.. beratur sayur disebelah atas dan nasi disebelah bawah..
proses menyusun sayur .. he he..bekas pengangkut yang unik.. sekali jalan
sayur kobis goreng, sayur timun ala ala acar mentah dan petola ular plus papadom dihujung sana pengangkut kuah kari - ayam, ikan, daging, dan ada kuah kelapa..
pilihla lauk ni .. sotong goren dengan bawang dan ada rempah sikit.. very crunchy.. licin.. pandai budak-budak ni makan stail ni.. tairu pun jalan juga..
yang tak pernah makan tu.. cili yg dah dijeruk dengan garam dan rempah kut... digoreng garing.. tak pedas dan sedap.. ok la untuk orang yang baru nak baik sakit ni.. baru lepas berpantang makan pedas.. Mamat sorang ni sedang layan tairu.. rupa pun ada rupa mamak juga
yang paling best dan menyelerakan ikan bolos yang dah diperap dengan rempah dan digoreng garing.. dihidang panas-panas .. minta juga ikan senangin.. pinggan pun licin..sebab ikan sangat sedap, manis, panas dan garing..
pilihan ikan yang telah diperap dengan rempah, ayam pun ada, ketam dan udang pun ada.. padanla ramai datang sini.. tempat pun boleh tahan luas..
Buah Pisang Kaki
bekalan sewaktu perjalanan ke Ipoh November 2012 lepas.. Dibeli semasa Deepavali eve ... tak sedap.. simpan je dalam fridge.. kelam kabut nak bersiap-siap ke Ipoh, teringat ada buah ni... potong pun kelam kabut.. rasa dulu.. mashaallah manisnya..lembut...benihnya telah selamat disemai. (nak try juga sebab Rose semua menjadi pun dah cuba semai dan)... dalam diam En Din pun menyemai juga...sebab... buah favourite familynya..
rupanya semasa dibeli.. nampak cantik dan gebu .. tak sedap dan keras
Jumaat, 25 Januari 2013
Tumbuhan liar ke?
Banyak tumbuh liar..seingat-ingatla dulu arwah MIL tanam dalam pasu...suka juga denga pokok ni tumbuh melata dan berbunga comel-comel je..
operasi besar-besaran.. asik menyedut nutrien untuk pokok lain.. ingat nak buang aje..
dah jadi projek dalam proses..buat border .. aktiviti dengan kanak-kanak riang Akma Domo..
Sama tak Mak Aji? Ke pokok lain..
Khamis, 24 Januari 2013
Salam Maulidur Rasul & Batu Feringghi lagi
Berjuang juga untuk mencapai sasaran untuk 'larian susut nilai' yang tidak sabar-sabar menanti, adusss tahun 2012 ditinggalkan dengan jejak-jejak yang masih kabur untuk mencapai jalan yang lancar kerana jadual yang telah dipendekkan. Namun masih dicemari dengan agenda untuk hari Jumaat.. tersasar lagi jalan menuju objektif besar ini.
Demi hari semalam (Rabu) juga melawan dup dap dup dap di dada ini bagi menghadapi panel-panel yang tidak ketahuan pendirian pemilihan mereka untuk aku melangkah setapak lagi didalam acara menjadi arkitek dan jurutera nombor ini... sehingga terlepas dari mulut ini perkataan "puan..diri saya ini seolah -olah diawang-awangan ..walaupun saya disini berhadapan dengan sesi menduga akal ini saya masih risaukan sasaran yang perlu saya capai ditahun awal 2013 ini demi mengelakkan pertanyaan-pertanyaan pengurusan yang akan menjurus kepada topik ketidak pematuhan garispanduan yang telah ditetapkan." Terlepas juga perkataan reorg yg memberi impak -ve kepada team sedia ada, reengineer katanya... you get one you sacrifice one...ah terpempan seketika! memang aku yang terkorban ni... "a lot of bottle neck item ". Separuh hari terlepaslagi ke jalan menuju sasaran.. alhamdulillah dapat juga dilapik dengan penutupan pintu pejabat pada pukul 8.45 malam, malam menanti siang esoknya untuk hari besar ini.
Suka-duka melunaskan tanggungjawab yang diberi .. hanya boleh merancang namun penentu adalah Dia. Jelas sekali..nawaitu untuk pergi lebih jauh lagi dalam acara mengimbangi yang senget pada Ahiad lepas tidak diizinNya. Apa pun "alhamdulillah "tetap meniti dibibir ini.. ini penentuanNya untuk diharungi. Akur sahaja memandangkan sebelumnya usaha telah dibuat lewat 1 pm .. sesi melewatkan tidur... akhirnya memberi kesakitan dan kelemahan ... namun kini telah bangkit semula untuk meneruskan menghadapi hari muka.
2012 yang lalu di Batu Feringghi -- memulakan perjalanan dari Ipoh pada 7 Disember 2012.. foto-foto adalah pada pagi 8 Disember 2012 - berkumpul disini ...
hari sudah siang
Dari balkoni Townhouse ini dapatlah menikmati pemandangan yang mendamaikan
usaha En Din membawa kolam ini untuk aktivi "kanak-kanak riang" suka sungguah dia orang
Selasa, 22 Januari 2013
Kebun di cerun..
Salah seorang yang rajin mengusahakan tanaman sendiri di kejiranan TRI ini..Tak kenal siapa yang mengusahakan kebun ni.. bila lalu mesti nak amati apa yang dia tanam.. tak jelas foto ni sebab dari kenderaan yang bergerak.. In fact kebanyakan neighbour di TRI memang rajin berkebun salah seorangnya adalah emak pemain bolasepak yang popular.. segan pula nak snap tanaman dia.. nantilah one fine day...
(autopublished)