Ahad, 27 Januari 2013

Detik itu......Awan lagi

Pagi yang indah semalam... alhamdulillah dapat tengok awan semula... sepanjang minggu keluar rumah gelap, balik rumah gelap...berkurung dalam pejabat.... setelah hujan petang Jumaat membawa ke malam pagi Sabtu telah tenang tanpa hujan..
Mentari bersinar lembut, menghirup udara nyaman di hutan batu ini dan  dikelilingi udara sejuk pembawaan hujan semalam.... 
Awan juga  beredar lembut di payungi langit biru nan biru dan tenang...  

Memanglah K Mar ni suka layan awan dan langit biru...begitulah catatan perjalanan pada hari semalam menuju ke kancah perjuangan mengimbangi nombor yang masih senget demi tanggungjawab yang telah diserahkan dan demi membantu teman-teman untuk maju kehadapan demi sesuap nasi dan pelbagai demi yang lain-lain....
Ketika ini insan-insan lain bergembira kerana cuti "sandwich".. apply sehari dapat cuti 5 hari... sabar yo lah..
never mind..cool cool layan awan... inshaallah ada pulangan tersembuni untuk tanggungjawab ini..
langit dan awan masih tenang

putih itu suci


awan copot copot ..KL dah memulakan aktiviti menyambut perayaan
abaikan keserabutan di bawah... layan awan tu lagi best... 

awan disana tampak tenang..dah diserikan dengan bendera menyambut perayaan hari Wilayah..

suka suka bangunan berlatarkan awan dan langit lembut

abaikan bangunan senget ni..yang senget tangan "penembak" nya

suka juga yang ini ..baru perasan bangunan tu dah hampir siap dengan rekaan yang unik..sape punya eh?


ilham untuk pelukis perspektif..

awan lembut itu masih menggamit hati ini...

ala ada satu pokok ni tak masuk baris.. kalau tidak cun perspektifnya.. 

menenangkan dan melembutkan hati ... alhamdulillah ..

4 ulasan:

  1. alhamdulillah cerah langit...tenang tgk pagi-pagi ni

    BalasPadam
  2. Salam Mar,

    syok tengok foto KL, skrg kalau xde hal, takdelah masuk KL, dok pusing kat pingir2 je, x nak join jam. Cuti sandwic ya, lama x dengar gelaran tu, he he!

    BalasPadam
  3. lama tak tengok kolumpo, renduu jgk..thanks kak mar letak gambar2 nie

    BalasPadam
  4. Nadia.. memang tenang dan sejuk mata memandang...

    Mak Aji.. waalaikumsalam...nak masuk kl kena ada timing yg sesuai...cuti sandwic kali saya sibuk sesangat

    Ummuaidan.. rindu KL ya...

    BalasPadam