Isnin, 14 Januari 2013

Kacang tanah dah berbunga

Alhamdulillah semua berjalan lancar bagi pokok-pokok kacang tanah ini. Sempena "Raja Berolek" di Negeri Sembilan Hari ni..hari keputeraan Yam Tuan Negeri Sembilan.. cuti rasanya hari ni di sana.. kita paparkan bunga kuning ni..comel gak .. kalau sesiapa ke Seri Menanti diperkarangan istana dapatlah lihat segalanya kuning..bunga-bunga diroundabout didepan entrance istana dibalut kain kuning.. 

K Mar cuti sendiri hari ni sebab tak sihat..malam tadi ada majlis kahwin di Persiaran Titiwangsa.. balik lewat dah tak boleh tidur .. hari ni pening... dapatlah jalan-jalan ke blog kawan-kawan sekejap..tak boleh lama nanti tambah pening.. lepas ni entry auto publish..tuan rumah nak layan pening kepala...nak rest dan ke klinik... bos sms ada meeting hari ni..sori boss anak buah mu pening hari ni...

Dari pembacaan cara menanam kacang tanah diblog tanam sendiri selepas ni pokok akan menyuntik sulurnya ke tanah yang mana bakal menjadi kacang.. kita tunggulah selepas ni .... semoga proses pertumbuhan sulur berjalan lancar bagi mengeluarkan hasil yang dinantikan... 2 hari lepas 10 biji benih kacang telah disemai lagi ... dah dapat tapak baru di rumah makcik En Din disebelah .. anak dia suruh tanam apa yang patut..orang bujang tak sempat jaga laman..insyaallah Kak Long tanam macam-macam he he ..jgn merungut la ya laman penuh tanaman yang pelik-pelik.. 
semalam kutip anak-anak ulam raja yang bercambah merata-rata dan semai semula di batas sebelah, semai juga kacang panjang, tembikai, bendi kampung dari Diana dan dari En Iskandar saya semai kacang botor dan labu fajar...berjuanglah untuk hidup ya benih-benih semua








5 ulasan:

  1. subur kcg tanah akak nie...ingat kata auntie jiran hindu sblh umah..bunga kacang tanah kena tutup bar dpt hasil...yer ker yg kita tanam sblm nie takpernah ttp dpt gak hasilnya...pun masih memikirkan kebenarannya..

    BalasPadam
  2. dulu2 mak saya penah tanam tapi kalau sekarang susah nak menjadi kak

    BalasPadam
  3. cantik kuning bunga nya..nak tanam jugak tapi nanti lah..yang ada ni pun tak terjaga

    BalasPadam
  4. Dulu saya ingat kacang tanah ini seperti ubi. Akar mengembung. Rupanya tidak. Bunganya yang akan tumbuh dan berkembang jadi buah dengan menjalar masuk ke dalam tanah.

    Kalau puan rajin, boleh la timbun keliling pokok kacang tanah tersebut dengan tanah untuk dapatkan lebih lagi hasil.

    BalasPadam
  5. Ummuaidan.. Baru dengar cerita..selalu buah yg kita balut..

    Tiha.. Cuba-cuba ni.. Harapan menjadi..

    Nadia.. Akak tak jaga pun..dah pindah ke tanah tinggalkan.. Seminggu sekali balik tinjau2 je...

    Wong..terima kasih atas tips baru ni...insyaallah akan diusahakan..




    BalasPadam