Status pada: 28.10.2012
Jenis yg ada: Daun Kunyit-tahap puas hati bila dah dapat buat ulam pucuk daun kunyit
Pudina - Tahap sangat puas hati - ulam yang sangat digemari hdup subur
Pegaga - baru bertatih..spesis ni tak berapa makan tapi tak apa sebagai koleksi,, mesti dapatkan yg liar/kampung dan tongsan.. baru puas hati..setelah sekian lama berjalan-jalan , balik kampung belum
lagi ditemui... mungkin kena cari kat pasar tani atau pasar malam...
Tumbuhan warna purple - suka warnanya ..tanaman hiasan sahaja...
Daun Kesum-dah ajal.. walaupun hujan lebat November dan Disember 2012.. tidak juga membantu..
lagi ditemui... mungkin kena cari kat pasar tani atau pasar malam...
Tumbuhan warna purple - suka warnanya ..tanaman hiasan sahaja...
Daun Kesum-dah ajal.. walaupun hujan lebat November dan Disember 2012.. tidak juga membantu..
pucuk daun kunyit yang amat membangkit selera bila di buat ulam
tersesat anak salad green parade..suka suka...dah tuai dah ni
15.11.2012-saat-saat bahagia pudina belajar menjulur keluar dari planters box
11.1.2013 - juluran yang dah matang.. nak cari tempat landing la tu..
p/s: 13/1/2013 - 7:30 pagi hujan lebat, tak boleh keluar berkebun, kebun dalam blog je.. dapatlah buat analisis foto lama dan foto baru. Sempat melawat keluar rumah dengan berpayung, melihat-lihat jika air mengalirkan baja organik yang baru diletakkan petang semalam.Baja dari Auntie Rosa HS. Alhamdulillah keadaan masih terkawal. Sambil-sambil mendengar kicauan dan siulan burung yang singgah, sementelah line dah cantik setelah mendapat tunjuk ajar dari Celcom Customer Service..alhamdulillah dapatlah berblogging di somban ni.. kalau tidak bw sahaja via note je..sungguh tak puas hati kalau nak beri komen..
Semalam juga kami berlegar - legar di kampung En Din.. sedang menyambut pesta keputeraan Yam Tuan...alahai 1st sampai kat tapak pesta... semuanya kuning..
Balik kg tengok buah..ada saudara yang prihatin call En Din... buah2 banyak kek umah omak kau katanya.. durian ado, rambutan banyak, langsat pun ado.. terkesan juga dihatinya nak balik. Jika tidak balasnya tak pe la makanlah, ambiklah buah tu.. abang tak sompek nak balik.. macam-macam alasan..mungkin sebab selepas didiagnos MPN kut...ataupun memang nak lebih menikmati green environment...wallahuaalam..
kali ni ..hoyeh dapek balik !! akak tumpang gembira.. bau tahi lembu...nostalgia kata En Din.. bunyi biri-biri yang pelik bagi HS.. dah cakap dengan Amierul... kau pun takut bunyi ni masa kecik2 dulu.. sengeh je mamat ni dengar..ye ke soalnya? byk rambutan dan durian!!!
Sean dan Diana... buah cepu masak dah ada..nanti akak cuba semai benih nya..ya...anak akak kata ee pokok tomato ke? ke buah pisang kaki? Buah cepu lah Mirul..
Dah makan buah masak ..ok manis..juga ada teknik juga nak makan buah masaknya..
lupa pula nak snap gulai cepu semalam (buah yang muda dibuat gulai lomak cili api). En Din kata ooo best dapat makan ni.. dah kata dah.. org Kuala Pilah memang suka gulai copu he he..org sebelah Rembau kureng ke , memang tak do ko.. entahlah..tiada dalam kamus keluarga akak..
Balik kali ni dapat 2-3 dahan pokok puding yang boleh dibuat rendang..best-best.. dapat di rumah sedara En. Din di Senanti dan Kg. Tongah.. sian rumah di Kg Tongah.. telah disewakan.. sebab tak de org duduk.. buah-buah melampuh.. hujan dah berhenti..aktiviti lain perlu diteruskan..
Ulam Pucuk kunyit? Sungguh menarik! First time saya dengar ni
BalasPadamsalam k.mar,
BalasPadamkotak herba ni semua yang tak berjaya lg sy tanam...daun kunyit sy suka wat balut ikan bakar..wangi berselera makan
Berpesta buah ya kak..rezeki kan..
BalasPadamsaya ade byk pokok kunyit yg tumbuh tuh..daun yg cantik2...tak tahu lak boleh buat ulam..:)
seronoknya tengok..fresh je kak :)
BalasPadamDaun pudina kak mar sangat subur la...segar pulak tu...nak semai jugak la..hehe..
BalasPadamzamzurina.. memang sedap pucuk nya...
BalasPadamNadia..waalaikumsalam.. balut dgn ikan memang sedap tu.. hiris halus2 + kelapa parut dll yg patut sumbat dalam ikan pun sedap..
ummuaidan.. pucuknya je diulam.. kalau daun banyak boleh buat ikan sumbat atau rendang perut ..dihiris halus2..
Tiha.. memang mengabadikan suasana fresh ni.. next moment dah lain rupanya.. makan pun dapat yang fresh..
Yana.. senang je tumbuhnya .. janji air cukup masa permulaan tu.. selalu beli ulam ni di Sogo.. RM 1.++ batang yang keras direndam dlm air.. sekarang dah ada root agen lagi senang..