Isnin, 13 Mei 2013

Bakal jadi lauk juga

Assalam dan selamat sejahtera... hujung minggu yang terik, hari Sabtu hanya berkebun pukul 6.30 petang.. rasa tak puas hati, nak buat macam mana lagi kan! Lebih-lebih pula nanti mengulang balik sakit yang dah semakin jauh perginya.. apa-apa pun redha je la situasi yang berlaku, dalam hati tetap berdoa agar dikurniakan hujan barang sejam dua... namun mendung seketika dan awan pun berarak pergi... kena siram lebih-lebih la gamaknya dan  sebelum meninggalkan rumah lencun juga kawasan rumah meninggalkan bekalan air... bertahan sampai bila hanya Dia yang mengetahui... berdoa untuk yang terbaik untuk anak-anak angkat ini..

Kangkung sejemput yang ada kelihatan membesar dengan meriah.. dah boleh buat lauk dah ni...perlu dituai memandangkan kangkung suka air, bila dah terik begini keputusan untuk menuai kangkung-kangkung ini adalah langkah yang terbaik. Apa tah lagi daun-daunnya dah banyak yang rongak, supaya tidak berputih mata minggu hadapan kita melangkah mendahului peminat-peminat kangkung ni lah ya... peminat kangkung yang cilik dah tak sabar untuk makan kangkung ni.. si minah kangkung dah tanya.. bila nak masak kangkung ni...



daun yang dah dirongakkan ... tak nampak pula angkara siapa... sedekahlah sikit kat depa kan! foto yang dituai tak sempat diambil... dah penat melawan panas matahari... masuk rumah terus rihat..

7 ulasan:

  1. salam kak mar..
    masih belum fully recover lg yer..byk2an berehat yer...kangkung tuh nampaksubur..kalau biarsket lagi mesti besar gak tuh leh jadi kan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...
    nani datang nak bodek kangkung.. tapi tak per la.. kata pun sejemput je kan.. :D heheheh :P
    kan kan.. hari minggu tadi mmg panas.. kat rumah pun berbahang sangat..

    BalasPadam
  3. salam k mar, jgn berkebun teruk2 sgt bawa berehat...ok k mar tk cr

    BalasPadam
  4. UA.. wp masih belum rcover buat2 dah ok.. byk hal nak kena settle..minggu depan takut kangkung ni either kering atau bolong daun jadi makanan si serangga..

    Nani.. dapatla secekak... bila ada kebun besar nanti jemputla ... berangan!!

    @na.. rumput banyak yg subur.. tu yg rasa tkilan tu.. hari panas tak boleh buat maintenance.. tak menang tangan waktu terhad..

    BalasPadam
  5. tanam daripada benih atau keratan, sakit apa?...he he maaf, tertinggal bas

    BalasPadam
  6. Dr. H.. Tanam dari benih... Benih kongsi tahun lepas dari En.Iskandar .. saya migrain + gastrik + bp... mesti muntah - muntah baru sakit hilang... tuaian ni kali ke 2.. gunting je tangkai nanti dia tumbuh lagi..

    BalasPadam
  7. yg tanam sendiri mmg sah2 fresh lah kan !

    BalasPadam