Rabu, 1 Mei 2013

Lawatan dan tuaian Hari Buruh di hari mendung

Selamat tiba di Seremban pukul 12 malam tadi. Suasana pagi ini sangat sejuk, menjelang pukul 9 pagi hari masih suram, langit mendung. Hujan akan turun membasahi bumi Seremban ini. Kununnya nak breakfast di kedai di Bandar Seremban ..mi kari (asik mi kari) Chinese Muslim .. hari cuti kedai pun cuti.. one fine daylah ya.... sebelum keluar rumah rutin biasa ialah melawat kebun sebelah .. motif utama balik pun sebab nak lihat apa yang berubah di sini. 

Bendi emas sudah sesuai untuk dituai..suasana hari gelap ..hujan dah mula rintik-rintik ( hujan renjis kata anak Kak B) 

Kailan semakin membesar ..dah boleh buat lauk

Entah siapa yang taburkan benih kacang disini, Ahad lepas tiada pun, dalam masa 3 hari dia dah bercambah, lokasi tak sesuai la pulak, di tengah-tengah dunia ni pula..dua biji benih

 satu lagi benih, sebenarnya ada banyak lagi.. hujan makin lebat terpaksa abaikan

Tengoklah ni, masih kejadian yng sama berlaku pada labu fajar ni, ini kali yang ketiga ia gagal membesar dengan sempurna

Putik labu yang keempat disebalik daun sirih

akhirnya dapat snap bunga kacang panjang yang berwarna purple ni, biasanya bertemu dengan yang berwarna kuning keperangan (lapisan pertama)

kacang telah terbentuk, kelongsong bunga masih terlekat lagi..

kacang ni sentiasa berbunga alhamdlillah

Tuaian hari Buruh ..bendi emas dan kacang bunga telang

 p/s bertemu dan bersalam dengan jiran baru ketika hujan lebat..kami satu bendera he he...
I was flattered when she addressed me as "adik",  66 dan 71 tu jauh bezanya.. hingga terkeluar kata am I that young? he he... hari hujan lebat kut, lepas tu berpayung pula...
 tu la marah kucing melepas merata -rata, bila bersihkan tinjanya dalam hujan lebat pula, hampir lencun wp berpayung dapat pula berkenalan dengan  jiran baru ..siap ada compliment... 
perjalanan ini.. itu semua kerja Allah ..wallahualam..




10 ulasan:

  1. salam kak mar...sempat lagi yer balik seremban cuti.heheh..kailan yg besar tuh tak tuai ker kak..?

    BalasPadam
  2. ummuaidan.. waalaikumsalam.. ingat tak balik tapi bila ingatkan weekend ni dah kena mengundi tak sempat nak layan balik sini... minggu depan la baru balik.. tak lagi tuai kailan tu.. inshaallah minggu depan.. HS tertunggu kailan masak sos tiram..

    BalasPadam
  3. salam kak mar,

    musim2 hujan ni rasa seronok sangat tengok pokok2 yang kita tanam ni menjadi. Kailan akk tu mcm dah boleh tuai je kan......pokok kacang panjang ni saya perhatikan kalo dah berbunga akan bertambah2 banyak buahnye. :)

    BalasPadam
  4. salam k.mar...ingatkan tuai sekali kailan yg subur tu...k.mar rezeki jugak tu look younger...:D

    BalasPadam
  5. assalamualaikum...
    tak lama lagi banyak ler rezeki leh tuai kan.. bendi tu bantut lak satu tu ye.. comel je..

    BalasPadam
  6. Salam Mar,

    Cantik pulak bunga kacang tu ya! Berapa lama ya nak tunggu kacang panjang berbuah? Mar, awet muda tu sebab banyak makan sayur tanam sendiri!

    BalasPadam
  7. Assalam
    Seronoknya lihat pokok-pokok menghijau subur. Yang tumbuh tak bersemai pun tumpang segar bugar sama. Memang hebat "power" air hujan, tak sama dengan air siraman kita sendiri.

    Selamat mengundi!

    BalasPadam
  8. subur lah kailan k mar tu..kenapa tak tanam banyak2 k mar?

    BalasPadam
  9. salam k mar, cantik la close up bunga kacang pjg tu...unik sungguh ciptaanNYA kan..

    BalasPadam
  10. Ibu Qis.. waalaikumsalam..memang nak tuai.. tunggu lepas PRU he he ..dah ada org aim dah tu..

    Nadia... waalaikumsalam.. dah nak balik sebab tu tak tuai... selalu masak di sini.. kat KL tunjuk j.. yg mudah2 tu boleh celur je.. bendir tu secoet boleh la.. kailan ni.. yang sedap masak En Din.. nak tunggu dia he he.. rezeki la tu dpt pujian..

    Pak Temuk... waalaikumsalam.. memang ditunggu - tunggu air hujan ni.. boleh ponteng menyiram he he.. yg menumpang tu memang tak bolh buat apa... kena maintain kemaskan..

    Puteri... ada lagi satu patch tapi tak berapa besar sebab bersaing dengan ulam raja..

    @na..memang istimewa ciptaanNya .. sebab tu akak selalu snap pelbagai bunga sebagai peringatan juga untuk kita yg tidak bisa mencipta sepertiNya... disamping cuci mata dan tambah ilmu pengetahuan dan sebagai rakaman pengalaman dan perjalanan hidup ini

    BalasPadam