Cuti sekolah 1/2013 masih tak habis lagi. Beberapa hari cuti diambil, bahagian pertama ke Cameron Highlands, bahagian kedua kununnya nak rehat dan lepak di Seremban, belek kebun lebih sikit, maka cuti tambahan dipohon ie hari Isnin dan Selasa. Bila Mak Long dan Abah Budin di Seremban ni waktu cuti, Abah Budin mengusha anak-anak buah ikut sekali. Apa lagi semua angkat tangan nak ikut sebab tau lepas ni mesti ada acara jalan-jalan ke, mandi-manda ke... kena la tukar kereta kepada yang besar sikit.. tukar dengan Mak Usu la jadinya.
Oleh kerana suatu ketika dahulu tak dapat masuk tempat ni kerana dah tutup, waktu tutup awal sangat.. maka En Din nak pergi lagi. Akak apa lagi nak ikut jugak.. acara masak-memasak kena tangguh la dulu.. ikan kembung dah beli 10 ekor, dan pelbagai ramuan dah disediakan.. semua tinggal kerana gara-gara nak masuk ke sini .. nak masuk kapal selam yang dah tidak menyelam!!
Jadi semua orang pakat tak payah makan, jalan dulu, ok... Seremban dengan Melaka tak jauh kan! Dah breakfast kaw kaw.. boleh lah tahan sampai petang... he he gara - gara kapal selam la ni..
Baru tahu ... inilah laut yang telah ditambak... nun dihorizon sana kapal selam sudah muncul...
bergegar tayar bergesek dengan batu jalan ni..
oh kapal selam dah jadi Muzium.. nak masuk kena bayar .. dah tak hengat kena berapa hengget sudah
kat luar ada jajan ..
cepat cepat, dah nak tutup ni... pukul 5 kena keluar...
ala En Din .. cuti ni, tak yah la layan orang ofis ni..
ni la rupanya kapalselam Malaysia
masuk dalam kena tanggalkan kasut / sandal
aii sempit sangat rasa sesak dada, macam mana dia orang boleh duk dalam ni lama-lama
tempat tidur
pengunjung yang puas hati
tuan pengarah shooting..
suasana laut dalam proses penambakan
dah jom balik.. lapar ni .. cari makan cepat... moh ke Coconut Shake Klebang ... hoye.. coconut shake lagi... sys...
salam, misteri betul cerita k mar ni...hehehe, ok slmt menyelam ya..
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamMelaka kat mana ni? x pernah tahu yg ada benda ni kat sana!
@na - he he misteri ....
BalasPadamMak Aji... waalaikumsalam - di Klebang ni..saya pun terkejut ada kapalselam ni..orang lelaki cepat je tau port untuk budak-budak ni cari ilmu... kira mereka ni beruntung kecil-kecil dah ada pendedahan begini.. kita dulu buat teropong kapalselam je..