Jumaat, 21 Jun 2013

Kisah bunga betina labu fajar yg menjadi.. tapi satu je..

Ramai teman blogger menceritakan mengenai jantina bunga. Bunga jantan dan bunga betina. Semasa pokok petola hari tu berbunga akak ni masih blurr akan kejadian jantina bunga ni. Banyak bunga yang dikeluarkan oleh pokok petola dibazirkan begitu sahaja kerana kurang ilmu dan tidak berapa fokus mengenai rupa bunga jantan dan betina... ingatkan bunga yang cantik-cantik keluar tu bunga betina... dan ingatkan bunga yang keluar yang bentuk petola tua adalah petola yang dah jadi dan dalam proses menjadi petola.. bila putik itu gugur kita jadi keciwa...setelah mencari dan melawat blog kawan-kawan satu kepastian telah diperolehi.... bunga-bunga yang ada bentuk buah dibawahnya adalah bunga betina be it a cucumber bentuk cucumber la yang tumbuh, be it a pumkin bentuk pumkin la yang tumbuh begitu juga petola....

 kali ni adalah bunga-bunga betina labu fajar... bunga betina yang mana sebelum ini diingatkan dah jadi labu... labu dah jadi ye ye.. tapi bila balik Seremban minggu berikutnya... banyak la buah ni tergolek-golek gugur dan kekuningan... oo rupanya belum lagi jadi buah la.. belum didebungakan... masalahnya bila dah tahu tidaklah pula ada bunga jantan dan bunga betina tumbuh dengan serentak... En Iskandar mengamalkan menyimpan bunga jantan didalam fridge... hmm belum cuba lagi... pertemuan dengan bunga betina yang mekar belum lagi...

putik bunga labu betina yang diingatkan dah jadi labu he he... (halo..I'm still a baby la , baby flower)

bunga labu yang kembang..ingatkan bunga jantan

bila diangkat sedikit  dah nampak tu bawah tu bentuk buah labu... so inilah bunga betina

dulu mistaken bentuk stigma dalam bunga ni sebagai tanda untuk mengenalpasti jantina bunga labu.

Rasanya yang ini polination dah berjaya bila tengok buah makin membengkak dan membentuk

agen-agen yang secara tidak langsung menjadikan proses polination bunga labu ini berjaya..



kecil je buahnya...bila boleh tuai ni?


9 ulasan:

  1. wow! MENJADI, CANTIK LAK TU BUAHNYA

    BalasPadam
  2. Samela kak..terbazir je sy punya labu n timun dulu..pelik gak apsla buah x jd rupanya x debungakan hehehe...sbb tu la kena beguru hehe sy br semai labu tp belum keluar lagi.. harap menjadila

    BalasPadam
  3. As salam kak mar,
    Kalau nak labu berbuah lebat, kak mar blh buat pendebungaan sendiri iaitu secara manual.

    Buah labu ni macam buah kepayang la kak mar. Buah kepayang yg ada dlm peribahasa, 'Sayang sayang buah kepayang' tu.

    BalasPadam
  4. sy sejak berkebun ni baru kenal bunga jantan betina..kalu tak main agak jer..hehe

    BalasPadam
  5. Assalam suka-suka
    Alhamdulillah, ada rezeki nampaknya. Bila tuai soalan pertama; nak masak apa soalan kedua; siapa nak diajak menikmati soalan ketiga; bila waktu dan tarikhnya soalan akhirnya. SS nak jawab bila, hihihi.

    BalasPadam
  6. salam Mar,
    kalau saya, buah labu tu, tunggu sampai tua warna kekuningan..baru boleh buat benih dan isinya betul2 manis.hiss sedap labu jenis ni.

    BalasPadam
  7. oh dia ada jantan betina ea, saya tak tau. hihi :)

    BalasPadam
  8. Intai bunga btino dr kecil guana ... nk khwinkn nnti ...tq dpt info dari sini ... Pertama kali tanm labu

    BalasPadam
  9. saya pun baru belajar bertani, dah pndai sikit baru senang dn seronok juga bertanam ni.. paling seronok dah tak perlu selalulah ke pasar, boleh petik di kebun tanam sendiri..terima kasih untuk info.😍

    BalasPadam