Khamis, 20 Jun 2013

Lili hujan - Frasers Hill dan Paloh

Bunga ni banyak naiknya bila selepas hujan. Mungkin itulah sebabnya di namakan rain lily. Pertama kali nampak bunga ni ketika tinggal di Jln Cochrane ..kuarters arwah MIL.. bertaburan dia naik... sejuk mata memandang,,, waktu itu kita tiada camera untuk acara tembak-menembak ni... sungguh nostalgia datang menghimbau kembali bila tengok bunga ni... pada waktu itu oleh kerana terlalu suka siap korek bawangnya untuk dibawa balik ke rumah untuk disemai dalam pasu. Bunga-bunga dulu comel dan kecil sahaja. Daunnya pula ala-ala daun kucai. Jangan tersilap dimasukkan dalam masakan sudahla..Entri kali ni bunga yang saiznya agak besar.... foto-foto yang di tembak ni adalah yang terdapat di Frasers Hill. 












Setelah penat menjelajah taman awam di Frasers Hill hari tu kami lepak-lepak di sini... borak-borak sambil tunggu kanak-kanak riang main playground dan makcik-makcik sekelian buat out door photo shooting dengan cameraman lensaberdansa...sambil-sambil tunggu tiba-tiba rasa pedih dipinggang kanan...bila diusik-usik terbang seekor kumbang hitam yang besar... terkejut sungguh.. terlepas gak kata-kata gatal betul kumbang ni... awat pi gigit mak dara ni he he...

Yang putih ni didapati di kawasan padang golf Frasers Hill...






Sebelum itu ketika di Paloh, Kluang semasa majlis perkahwinan adik ipar hari itu... terkejut tengok pokok ni ada ditanam oleh tuan rumah (MIL adik ipar) . Besar-besar bunganya.... tembak dari jauh je le sebab majlis kahwin kan!...  Tak sangka pula boleh jumpa lagi yang besar di Frasers Hill... bila dikorek-korek bawangnya memang nampak bawangnya besar....




Hah yang ini ahli rombongan yang cilik..stailo sungguh dengan fesyen tudungnya... saja nak rakam dalam entri ni sebagai ingatan untuk Puteri..namanya Puteri anak saudara adik ipar sebelah emaknya...



2 ulasan:

  1. Kalau dipelihara dijaga dengan elok, memang nampak cantik sangat bunga lily ni..

    BalasPadam
  2. saya ada tanam lily ni, dia jenis mudah hidup kan kak :)

    BalasPadam