Isnin, 15 Julai 2013

Tuaian terkini..

Assalam dan selamat sejahtera... hari ini sudah 6 Ramadhan... seperti yang dimaklumkan sebelum ini mengenai tuaian yang telah dilaksanakan ... maka inilah hasil tuaian tanaman secara suka-suka yang akhirnya jadi serius, yang dijangka pokok akan "ilek" angkara jerebu namun meleset malah semakin meriah.. alhamdulillah...  hasilnya  6 biji petola sarang. 2 urat kacang panjang, sebiji bendir emas dan 3 biji buah letup-letup lagi... seperti cerita entri sebelum 3 biji putik petola itu telah selamat mengembara dalam perutku he he buat penambah serat dan menu sayur didalam juadah berbuka puasa..


standard la akak ni .. snap foto memang suka lebih dari sekali.. 

yang sudah selamat mengembara ke sel-sel tuan punya blog

blurr la pulak buah letup-letup ni... buah yang manis!


Foto-foto sebelum dituai

status pada minggu Sabtu lepas

pokok mangga berbuah petola

as usual shoot kali ke dua

putik disebelah atasnya... yang ni masih tinggal dipokok... tinggi tak boleh capai.. tengoklah nanti jadi rezeki siapa!

yang ini yang ada di kebun sebelah.. meriah 

side view... serabut pokok ulam raja yang dah kiok tu... 



foto minggu lepas

yang ini juga dah mengembara berbatu-batu

putik lagi

susah nak shoot yang ini sebab berada dalam semak

habis pokok ulam raja kena lilit..

putik lagi dah kekuningan...


sebelum raya dah nak kena kemas ... sebab dah semak ! sampai hati ke! tunggu dan lihat! kalau tahan telinga kena leter tak kemaskan kut! tapi kalau nak kemas kena kemas hu hu! sebab En Din dah bising .. ni yang buat semak ni!


7 ulasan:

  1. salam k mar. menjadi betul petola sarang k mar ni. Apa rasa petola ni k mar?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak mar..
    wow.. banyak gak hasil tuaian ye.. bak mai seketul.. :D nak wat sayur letak suhun dan telur.. :D hehe

    BalasPadam
  3. salam k.mar..
    alhamdulillah rezki dibulan puasa..masak lemak sayur putih pun sedap tuh..:)

    BalasPadam
  4. Salam...

    Buah letup tu kat hypermarket pun ada jual sekrang, dulu kita kutip dlm semak ja.

    BalasPadam
  5. SKG... alhamdulillah setelah lama menanti... ingatkan jerebu memberi masalah mcm pokok lain... they survived!!

    Ana..waalaikumsalam.. sedap Ana.. manis kalau yg putiknya...

    Nani... kalau dekat no problem he he.. anyway.. nanti emelle alamat.. mana tau ada gu waktunya boleh jek diposkan he he...

    JunAina.. ada jual eh buah letup tu?

    BalasPadam
  6. Kalau Kak Mar pruning pokok petola ni sampat tinggi Kak Mar ada daun-daun hijau di bawahnya tinggal. InsyaAllah cepat dia naik balik.

    BalasPadam